sfhzuraz Publish time 20-2-2024 03:56 PM

Cuaca panas: Hasil harumanis dijangka meningkat

Cuaca panas: Hasil harumanis dijangka meningkat

OlehROSHILA MURNI ROSLI
20 Februari 2024 03:15pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/20/2544372.jpg
Harumanis bakal mengeluarkan hasil pada pertengahan April depan.



KANGAR - Pengeluaran mangga harumanis pada tahun ini dijangka meningkat berbanding tahun lalu berikutan cuaca panas yang melanda utara Semenanjung ketika ini.
Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perlis, Razali Saad berkata, pengeluaran buah yang sinonim dengan negeri Perlis itu dilaporkan mencecah sehingga 1,200 tan ketika ini berbanding sebanyak 1,189 tan pada tahun lalu.


Katanya, berdasarkan prestasi semasa, 60 peratus pokok harumanis sekitar negeri itu telah berbunga dan bakal mengeluarkan hasil pada pertengahan April depan.
"Kita jangkakan akan ada sedikit lagi pertambahan hasil selepas ini kerana masih terdapat pokok yang berpotensi untuk berbunga.


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/20/2544371.jpeg
Antara pokok harumanis yang mengeluarkan bunga yang lebat.



"Pokok tua juga masih mengeluarkan hasil pada tahun ni," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Menurutnya, kerajaan negeri juga berharap agar pengusaha tidak mengambil kesempatan memasarkan buah berkenaan pada harga tinggi bagi meraih keuntungan berganda."Kita jangkakan harga mangga premium itu akan dipasarkan sekitar RM35 sekilogram bagi gred A," katanya.
Sementara itu, seorang pengusaha, Mohd Fawzy Rosli,34 berkata, harumanis tanamannya ketika ini sudah ada yang berbuah.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/20/2544370.jpeg
Seorang pekerja ladang harumanis sedang memantau keadaan pokok harumanis.



"Yang dah balut pun ada, yang baru berputik dan berbunga pun ada. Nak kata hasil meningkat tu tak pasti lagi, sebab ada pekebun masih tunggu bunga keluar masa pertengahan puasa.
"Cuaca panas ni bantu hasilkan buah harumanis lagi manis dan sedap, tapi dalam masa yang sama serangan penyakit banyak terutama kutu trip," katanya.
Cuaca panas: Hasil harumanis dijangka meningkat - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Cuaca panas: Hasil harumanis dijangka meningkat


ADVERTISEMENT