mattzzx Publish time 20-2-2024 12:48 PM

Tak perlu tergesa-gesa cari pengganti Hamilton

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hamilton2090_1708401962.jpg
HAMILTON akan beraksi bersama Ferrari tahun depan. FOTO AFP

London: Pengulas popular dan bekas pemandu Formula Satu (F1), Martin Brundle menasihati Mercedes agar mengambil masa untuk membuat keputusan siapa yang akan menggantikan Lewis Hamilton.

Mercedes masih belum memutuskan pemandu yang akan bergandingan bersama George Russell untuk musim 2025 selepas juara dunia tujuh kali, Hamilton mengesahkan berhijrah ke Ferrari tahun depan.

Bintang Formula Dua (F2), Andrea Kimi Antonelli, Esteban Ocon, Carlos Sainz, Alex Albon dan Fernando Alonso adalah antara nama yang dikaitkan bakal menggantikan tempat Hamilton sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

"Semua pemandu mempunyai peluang. George Russell mempunyai keyakinan yang tinggi, berbakat, kepantasan dan pengalaman untuk mengambil alih dan menjadi pemandu nombor satu di Mercedes.



"Saya sendiri sama sekali tidak meragui kemampuannya. Dia akan memberi aura baru kepada Mercedes selepas kehilangan Lewis.

"Mercedes tidak perlu bertindak tergesa-gesa. Mereka boleh melihat dahulu prestasi Kimi Antonelli, malah Esteban Ocon juga layak, begitu juga dengan Carlos Sainz dan mungkin Fernando Alonso.

"Mick Schumacher juga layak selain beberapa pemandu lain. Jadi saya fikir Mercedes akan melihat bagaimana perjalanan musim ini dan tidak perlu tergesa-gesa sekarang.

"Saya juga fikir penghijrahan Hamilton ia akan memberi suasana segar kepada Ferrari dan Charles Leclerc, katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/02/1062452/tak-perlu-tergesa-gesa-cari-pengganti-hamilton
Pages: [1]
View full version: Tak perlu tergesa-gesa cari pengganti Hamilton


ADVERTISEMENT