mattzzx Publish time 20-2-2024 11:59 AM

Seronok tolak motor dik?

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm283tolak_1708396218.jpg
SEBAHAGIAN pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah menolak motosikal masing-masing selepas ditahan polis kerana membuat bising. FOTO ihsan pembaca

Hulu Selangor: Keseronokan 28 pelajar tingkatan lima yang ingin menunjuk-nunjuk dan memperdengarkan bunyi bising ekzos motosikal masing-masing mengundang padah apabila mereka ditahan polis berhampiran sebuah bangunan kosong di Jalan Kemboja, Bukit Sentosa di sini, semalam.

Operasi 1.30 tengah hari itu dilakukan susulan polis menerima enam aduan daripada pihak sekolah dan penduduk setempat berhubung kegiatan itu yang semakin berleluasa di kawasan terbabit.

Lebih mengejutkan, hasil pemeriksaan terhadap semua pelajar mendapati 26 daripadanya adalah calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebuah sekolah menengah di Bukit Sentosa, manakala dua lagi bukan calon SPM.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kumpulan remaja terbabit didapati kerap mengambil peluang untuk berbuat demikian sehingga mengganggu ketenteraman awam.



"Mereka akan berkumpul di kawasan bangunan kosong untuk 'rem' motosikal masing-masing.

"Oleh itu, polis mengambil tindakan dengan menahan kesemua mereka yang berusia 17 tahun untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, polis turut mengeluarkan enam saman atas kesalahan tiada nombor pendaftaran dan cermin sisi.

Menurutnya, kesemua remaja yang ditahan diarah menolak motosikal ke Balai Polis Bukit Sentosa dengan jarak kira-kira 3.5 kilometer.

Terdahulu , tular di laman sosial beberapa video yang dimuat naik pengguna Facebook memaparkan sekumpulan pelajar sekolah menolak motosikal masing-masing selepas ditahan polis kerana membuat bising.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1062417/seronok-tolak-motor-dik
Pages: [1]
View full version: Seronok tolak motor dik?


ADVERTISEMENT