sfhzuraz Publish time 19-2-2024 11:33 PM

Tragedi riadah di Pantau Aur, 6 hampir lemas

Tragedi riadah di Pantau Aur, 6 hampir lemas


Nor Amalina Alias
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm19bitch_%281%29_1708347432.jpg
Pantai Aur yang menjadi lokasi enam mangsa lemas yang berjaya diselamatkan dalam kejadian jam 9.00 pagi tadi di Bachok. FOTO Nor Amalina Alias



Bachok: Sekumpulan pengunjung berdepan detik cemas apabila enam ahli keluarga mereka hampir lemas dalam kejadian di Pantai Aur, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian dipercayai jam 9 pagi, kesemua mangsa berusia antara 12 hingga belasan tahun dikatakan daripada keluarga yang sama beriadah di pantai itu sebelum berlaku kejadian.
Saksi, Awan Daud,61 berkata, dia sedang bertukang di salah satu chalet di pantai itu sebelum penduduk kampung meminta tolong untuk menyelamatkan mangsa lemas.
Katanya, dia bergegas ke tepi pantai dengan membawa dua pelampung untuk menyelamatkan mangsa.
"Setibanya di pantai, saya lihat ada lima lelaki terkapai-kapai dalam laut, manakala seorang budak perempuan usia 12 tahun sudah diselamatkan penduduk.
"Saya sempat pesan keluarga mangsa untuk mengucap dan bertenang, mereka hanyut kira-kira 200 meter sebelum semua berjaya dibawa naik ke daratan oleh beberapa penduduk yang turut terjun ke laut untuk menyelamatkan mereka," katanya ketika ditemui di pantai berkenaan, di sini, hari ini.
Warga emas itu antara salah seorang penduduk kampung yang berjaya menyelamatkan kesemua mangsa dalam suasana panik yang berlangsung hampir dua jam.
Awan berkata, pengalaman sebagai bekas nelayan selama lima tahun membantunya untuk tidak panik ketika menyelamatkan mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Katanya, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian jam 10.15 pagi dan ketika tiba di pantai, didapati kesemua mangsa sudah berjaya dibawa ke daratan.
"Namun dua daripada mereka dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian," katanya.
Selain polis, operasi turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Daerah Bachok, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Klinik Kesihatan Bachok dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Mohamad menasihatkan pengunjung pantai khususnya ibubapa untuk mengawasi pergerakan anak-anak mereka khususnya ketika musim ombak besar dan laut bergelora ketika ini.


Disiarkan pada: Februari 19, 2024 @ 8:57pm


Tragedi riadah di Pantau Aur, 6 hampir lemas (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Tragedi riadah di Pantau Aur, 6 hampir lemas


ADVERTISEMENT