sfhzuraz Publish time 19-2-2024 10:30 PM

Polis siasat kesan umpil bank dipecah masuk

Polis siasat kesan umpil bank dipecah masuk


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 19, 2024 @ 9:41pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/BH19SIASATUMPIL_1708350050.jpg
Polis melakukan siasatan di lokasi sebuah bank di Kampung Baru yang dipercayai dipecah masuk. - Foto PDRM



SUNGAI PETANI: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian pecah masuk sebuah bank di Kampung Baru, di sini, hari ini.
Ia berdasarkan terdapat kesan umpil pada pintu belakang tingkat satu dan lobi premis tiga tingkat berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.45 pagi tadi daripada pengurus bank terbabit.
Beliau berkata, siasatan mendapati, suspek dipercayai masuk ke dalam premis melalui tingkap belakang yang diumpil.
"Suspek kemudian dipercayai mengumpil pintu belakang tingkat satu dan masuk ke dalam pejabat.
"Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, setakat ini tiada barang dilaporkan hilang dalam kejadian itu namun siasatan masih dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan unit anjing pengesan (K-9) Kedah hadir bersama bagi membantu siasatan di tempat kejadian.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.
Polis siasat kesan umpil bank dipecah masuk (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Polis siasat kesan umpil bank dipecah masuk


ADVERTISEMENT