CARI-Author Publish time 19-2-2024 10:20 PM

Kena Bayar Ganti Rugi, Kopi Tumpah Dan Terpercik Kena Topi!

https://i.ibb.co/vPVGXy4/snapedit-1708352279131.png
Gambar hiasan topi.

Malang tidak berbau.

Ada sebab kenapa kedai pakaian tidak membenarkan para pelanggan untuk membawa makanan dan minuman masuk ke dalam premis mereka. Insiden tidak diingini masih boleh berlaku walaupun pelanggan yakin mereka sama sekali tidak akan menumpahkan makanan/minuman yang dibawa masuk.
Kopi Tumpah & Terpercik Pada Topi Dalam Butik Mahal

Walau bagaimanapun, satu kejadian telah berlaku baru-baru ini dan kami yakin ia pasti mampu untuk menjadi pengajaran buat orang ramai. Seorang netizen berkongsi pengalaman pahit di mana dia terpaksa membayar ganti rugi semua topi yang telah terkena percikan air kopi yang dibawa masuk ke dalam butik tersebut.

Berdasarkan gambar yang dikongsi di laman Facebook Penang Kini, pelanggan itu tumpahkan kopi di atas lantai dan air berkenaan terpercik pada beberapa topi yang dipamerkan.

Satu gambar menunjukkan resit panjang menunjukkan pelanggan tersebut membayar kerosakan berkenaan. Namun, jumlah kos kerosakan tidak didedahkan.

Menurut laporan Oriental Daily, dia terpaksa membayar harga lebih dari sepuluh topi di kedai itu.

Kejadian malang ini haruslah menjadi peringatan kepada semua untuk lebih berhati-hati ketika membawa makanan dan minuman ke dalam kedai pakaian. Atau lebih baik anda tidak membawa makanan dan minuman masuk ke dalam jika tidak ingin perkara seperti ini berulang lagi.

Bocor juga poket nanti.

Anak Penyanyi Popular, Tomok, Pernah Tertumpah Pewarna Kuku

Sebelum ini, satu lagi kejadian serupa berlaku pada bulan April tahun lalu apabila anak kepada penyanyi, Tomok membawa botol pewarna kuku ke Levi’s Outlet dan tumpahkan isinya ke beberapa baju dan jeans berjenama.

Oleh itu, Tomok, dilaporkan terpaksa membayar kerugian sebanyak RM5,593 untuk pakaian yang terjejas pada ketika itu.

CARI-Author Publish time 19-2-2024 10:21 PM

https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/02/TRP-15.jpg

CARI-Author Publish time 19-2-2024 11:04 PM

https://www.facebook.com/penangkini/posts/424765959883972

SiMontel Publish time 19-2-2024 11:15 PM

takyah la nak bawak makanan kalau masuk kedai kedai baju ni, walau tak sengaja, mmg tetap kena bayar..nasib baik barang tak mahal sgt

shernazz Publish time 19-2-2024 11:42 PM

Haiya..
Mmg ada.la sebab nya kenapa staff tak.bagi.masuk butik dgn makanan dan minuman...
Iols.mmg.elak sebab Bukan apa..leceh
Baik habiskan dulu dan senang nak pilih2 baju

sharlenetexas Publish time 19-2-2024 11:44 PM

Edited by sharlenetexas at 19-2-2024 11:45 PM

shernazz replied at 19-2-2024 11:42 PM
Haiya..
Mmg ada.la sebab nya kenapa staff tak.bagi.masuk butik dgn makanan dan minuman...
Iols.mmg.e ...

Termasuklah pewarna kuku mcm anak tomok dulu. Rasanya dah serik sangat budak tu. Kalau tak serik2, tak tahu nk cakaplah


sukacactus Publish time 19-2-2024 11:47 PM

Kedai cap New Era ni dia kedai kecik2 sblh2 laluan dl mall je selalunya
So org akn tersinggah, mcm laki aku
Rege 100++-200++ juga satu...masak la membayau ye, tp dpt la stok caps urk bertahun
Kalau xkena dgn saiz kepala, boleh la tolak ke kwn2 ;P

shernazz Publish time 20-2-2024 07:56 AM

sharlenetexas replied at 19-2-2024 11:44 PM
Termasuklah pewarna kuku mcm anak tomok dulu. Rasanya dah serik sangat budak tu. Kalau tak serik2, ...

Mesti Kena cubit dgn mak dia tu...
Hahaha..tak pasal kan...cutex plak tu....jenuh nak bersihkan
Kena peringat la budak2 Ni..kekadang depa Ni saje je bawak kan..konon2 nak Makan n minum time jenjalan...

VespaSilbe Publish time 20-2-2024 08:39 AM

Anak2 iols tak masuk kedai baju kalau pegang ayor.. tahu dah sejak azali

apedehal Publish time 20-2-2024 08:42 AM

Terganggu betul tgk taik2 lalat model gambar hiasan tu ..bagus la da bertotop muka lawa sikit

vanillaninja Publish time 20-2-2024 08:43 AM

So apa gosipnya?

sleepandream Publish time 20-2-2024 08:45 AM

sukacactus replied at 19-2-2024 11:47 PM
Kedai cap New Era ni dia kedai kecik2 sblh2 laluan dl mall je selalunya
So org akn tersinggah, mcm l ...

mcmmana nak tau topi tu ori yach?iols tengok yg jual dekat kedai2 vape or pasar malam pun siap ada packaging lutsinar tu lagi... kualiti jahitan pun kemas jah...
so kalau butik yg jual brand campur2 ni iols skeptikal sikit

Suchi Publish time 20-2-2024 10:51 AM

Bukan ke biasanya butik2 berjenama tanpal logo takleh bawak mkn/minuman dlm premis?

slyfynx Publish time 20-2-2024 10:58 AM

TT ni dah banya kali letak gmbr buat fitnah.
And, sape retis dalam kisah ni?

sukacactus Publish time 20-2-2024 01:15 PM

sleepandream replied at 20-2-2024 08:45 AM
mcmmana nak tau topi tu ori yach?iols tengok yg jual dekat kedai2 vape or pasar malam pun siap ada ...

Laki aku kata jgn beli kat shopee & seumpanya :lol:
Dia beli kat butik new era sj, merata2 ada
Boleh cek store location dia
Aku nak buat comparison pun xleh sebab ada yg ori je kat umah ni

missbigrockstar Publish time 20-2-2024 01:23 PM

Dan ini gosip tempatan kerana....? {:1_542:}

kakigojes Publish time 20-2-2024 01:34 PM

Ni gosip artis tempatan ke????????

CARI-Author Publish time 20-2-2024 01:35 PM

Pak.dolla replied at 20-2-2024 10:37 AM
.

siapa model tu? seramnya muka dia?

retis jemputan dior @MatDeghem

https://media.gettyimages.com/id/1203199882/photo/fashion-france-dior-photocall-celebs.jpg?s=2048x2048&w=gi&k=20&c=9SMNYZMADly4LQDbmTt9wO2ACpXwGcJtGarHIQi2kLE=

winky1 Publish time 20-2-2024 01:48 PM

Kenapa anak Tomok bawa nail polish ? Lupa dah cerita. Utk art and craft dia ke

hyie Publish time 20-2-2024 03:21 PM

orang laki yang umur 30an ke atas yang suka pakai topi setiap masa bila keluar rumah ni biasanya nak tutup rambut botak aje..elok jua lah nampak.
Pages: [1] 2
View full version: Kena Bayar Ganti Rugi, Kopi Tumpah Dan Terpercik Kena Topi!


ADVERTISEMENT