sfhzuraz Publish time 19-2-2024 08:47 PM

Mayat dipercayai Zulkarnain ditemukan di perairan Pulau Kapas

Mayat dipercayai Zulkarnain ditemukan di perairan Pulau Kapas


Baharom Bakar
am@hmetro.com.my





Kuala Terengganu: Mayat seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, ditemukan terapung di perairan Pulau Kapas, di sini, hari ini.
Mayat lelaki berseluar pendek hitam ditemui nelayan kira-kira 16 kilometer daripada lokasi kejadian kira-kira jam 4 petang ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Muhammad Basri Kamarazaman, berkata tiga bot termasuk daripada Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim (MARITIM) dan JBPM negeri dihantar ke lokasi mayat ditemui, kira-kira jam 4.34 petang.
Katanya, mayat yang ditemui dibawa ke jeti perikanan Marang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut termasuk pengecaman."Operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang selama 30 jam bermula kira-kira jam 11.30 pagi semalam ditutup pada jam 6 petang ini.




"Mayat yang ditemui dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat," katanya.
Dalam kejadian semalam, Zulkarnain yang bercuti bersama isteri, Nora Elina Abdul Khalil, 44, dari Petaling Jaya, bersama dua anak perempuannya berusia antara 9 dan 11 tahun dikatakan tiba-tiba dihanyutkan arus ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok.
Zulkarnain lemas ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok, kira-kira jam 11.20 pagi semalam.
Sementara itu, Nora Elina bersama beberapa ahli keluarga tiba di Jabatan Perubatan Forensik untuk pengecaman.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/eloanamkk1_1708245523.jpg
NORA Elina (tengah) kelihatan sedih selepas suaminya, Zulkarnain yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok. FOTO Ghazali Kori


Disiarkan pada: Februari 19, 2024 @ 6:48pm

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm19jazah_1708341781.jpg
Mayat ditemukan di perairan Pulau Kapas di bawa ke Jabatan Perubatan Forensik HSNZ untuk proses bedah siasat. FOTO BAHAROM BAKAR.


Mayat dipercayai Zulkarnain ditemukan di perairan Pulau Kapas (hmetro.com.my)






sfhzuraz Publish time 19-2-2024 08:49 PM

-21w4Z7c2oE?si=IAcMXIjWKKV7-1jd
Pages: [1]
View full version: Mayat dipercayai Zulkarnain ditemukan di perairan Pulau Kapas


ADVERTISEMENT