CARI-HBZ Publish time 19-2-2024 10:39 AM

Jamal Abdillah Tarik Diri Bertanding AJL38

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/19/103856chllhh22311hrdd1.png





“BETUL, saya tarik diri daripada AJL38 sebab ada acara yang telah diatur sebelumnya.”


Demikian kata Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah sekali gus mengesahkan beliau tidak akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).


Jamal, 65, ketika dihubungi HibGlam berkata, dia terpaksa menarik diri daripada menyertai pertandingan berprestij itu menerusi lagu Kucuma, duet bersama penyanyi Wany Hasrita kerana terikat dengan komitmen lain.


Acara itu telah dipersetujui lebih awal, saya tidak boleh menolaknya,” kata Jamal.


Selain terpaksa menarik diri kerana terbabit dengan program lain, pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu juga mempunyai beberapa sebab lain yang lebih besar, namun enggan mendedahkannya.


Selain terbabit dengan program lain, ada beberapa sebab lebih besar yang saya tidak boleh kongsikan,” ujarnya.


Pada masa sama, Jamal turut mengakui berasa ralat kerana tidak dapat menyanyikan lagu Kucuma bersama Wany Hasrita di AJL38.


Saya rasa ralat juga tak dapat menyertai AJL38. Antara artis muda, ada terselit saya pula. Tapi tidak mengapa, bukan rezeki saya,” katanya.


Dalam pada itu, Jamal enggan memberikan komen apabila disoal tentang ketiadaan wajahnya dalam video promosi AJL38 yang tular dalam media sosial.


“Tentang ketiadaan wajah saya dalam video promosi AJL38, saya tidak boleh komen apa-apa.


“Kalau tak ada (wajahnya), maksudnya tak adalah,” kata Jamal.


Terdahulu, tular dalam aplikasi X apabila netizen mempersoalkan mengapa penyanyi legenda itu dalam video promosi AJL38.


Kata beberapa netizen, ketiadaan wajah bapa kepada penyanyi Osama Yamani dan Zaki Yamani itu adalah disebabkan beliau telah menarik diri.


Kucuma yang bakal bertanding di pentas AJl38 pada 3 Mac hadapan merupakan lagu yang dicipta sepenuhnya oleh komposer dan penulis lirik A. Ramlee dan Ezra Kong.




Sumber – HIBGLAM

penjarasgbuloh Publish time 19-2-2024 10:45 AM

maybe anak beliau akan ganti.

ezacbee Publish time 19-2-2024 10:47 AM

Laku tul tok jamal. Sana sini full. Baru nampak mata atok klo x manjang gelap.

{:smileo

JunkMail Publish time 19-2-2024 10:48 AM

ezacbee replied at 19-2-2024 10:47 AM
Laku tul tok jamal. Sana sini full. Baru nampak mata atok klo x manjang gelap.

Anak kecik ramai lagi nak kena tanggung. Kenalah keje keras. :$

watachiwa Publish time 19-2-2024 10:50 AM

Alhamdulillah Dato' masih laku keras. suara emas sukar diganti

cheada89 Publish time 19-2-2024 11:11 AM

tertnya gak smlm tgk promo kt tb3. ada wany je. tok jamal xde. ganti dgn anak dia jelah. sape yg muda tu sikit. naik gak lah rating sok ada pencuci mata .

beta_carotene Publish time 19-2-2024 11:13 AM

tak menepati lagu la kalo amik org muda ganti
lagu ni kan nasihat bapak kepada anak gatal nk nikoh gitu

I.K.A888990 Publish time 19-2-2024 11:14 AM

kalau betul anak dia yg ganti kira rezeki la dpt beraksi kat ajl tu
kalau bukan agak2 siapa lah ek yg sesuai

Suchi Publish time 19-2-2024 11:17 AM

beta_carotene replied at 19-2-2024 11:13 AM
tak menepati lagu la kalo amik org muda ganti
lagu ni kan nasihat bapak kepada anak gatal nk nikoh g ...

Ohhh gitu bistu sapa rentua yg sesuai ganti eh
Iols pun tak penah dengar lagu tu bebetul igtkan lagu cinta pelik juga takkan laa tokmal nak nyanyi lagu gitu rupanya tentang ayah nasihatkan anak

Kurex Publish time 19-2-2024 11:24 AM

masih berprestij ke AJL tuh? dulu yelah untuk hargai komposer & pengubah lagu memang betul2 berprestij. sekarang ni lebih hargai penyanyi berbanding yg sepatutnya dihargai. kalau penyanyi tak dapat nyanyi, seolah2 terus AJL tu tak bermakna. yelah penyanyi ada sumbang markah, tapi bagi kurex AJL ni macam Kilauan Emas je tarafnya sekarang ni

Belibis Publish time 19-2-2024 11:35 AM

I.K.A888990 replied at 19-2-2024 11:14 AM
kalau betul anak dia yg ganti kira rezeki la dpt beraksi kat ajl tu
kalau bukan agak2 siapa lah ek y ...

Suara m nasir dengan mawi jer yang ada bunyi macam jamal..

I.K.A888990 Publish time 19-2-2024 11:36 AM

Belibis replied at 19-2-2024 11:35 AM
Suara m nasir dengan mawi jer yang ada bunyi macam jamal..

tapi tak kan la mnasir kan

mawi pn mcm tak je hahaha

zasrfikri Publish time 19-2-2024 11:40 AM

yg duk komen downgrade tu lu mesti lupa ya ernie zakri, aina abdul dan marsha milan naik sebab persembahan AJL kut. kalau tak, tiga2x krik krik jew dlm industri. plus, review dripd youtuber luar pd persembahan AJL secara tak langsung perkenal muzik malaysia cmner. AJL is still relevan ya. pencipta lagu, penulis lirik & penyanyi semua equal main peranan dalam sesebuah lagu tu.

scrocth Publish time 19-2-2024 12:50 PM

Edited by scrocth at 19-2-2024 12:52 PM

https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2024/02/19/penganjur-jual-tiket-dapat-tajaan-jutaan-ringgit-tak-bayar-artis-bertanding-jamal-abdillah-tarik-diri-sertai-ajl38

izat123 Publish time 19-2-2024 12:55 PM

Kat news lain ada je tajuk tulis dia tarik diri sebab AJL tak bayar haha. Baik lah dia nyanyi kat event lain kot kalau ikut pandangan dia kurang kurang satu malam dapat 20-30k.

heythere123 Publish time 19-2-2024 01:44 PM

mungkin heols patut teruskan pakai sunglasses

sudirmanistas Publish time 19-2-2024 02:15 PM

Uish biar betul x bayar langsung AJL ni? Abes x kan dlu2 Noraniza Idris berhabis bawak satu kampung tu, kos dia sndri tanggung?

Kalau betul x bayar, sama concept mcm Half Time Super Bowl yg dkt US tu la, konon2 sbb dah dapat exposure. Padahal yg buat show tu artis bukan kaleng2 smua dah famous kot. Sbb tu Taylor Swift x nak terlibat sbb x bayar haha.

kakikuDibibirmu Publish time 19-2-2024 02:28 PM

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa

{:1_535:}{:singo{:th_091_-1o{:angel2o

ljrNx_q_o1E

chandrahusin Publish time 19-2-2024 02:37 PM

Ada 1 event kwn aku pegi
Jamal nyanyi berapa lagu ntah
Dapat la 30 40k
Sekali host suruh smbung nyanyi lagi
Host bayar RM100k kau
Untung Jamal ni mmg ada peminat yg gila kan suara dia
Ye lah bini yg ni pun Mak Ayah peminat Jamal kan.. klu tak silap penah baca

Kancilkering Publish time 19-2-2024 02:51 PM

jamal kut….juara rtm…tapi nasib dia x jadik macam mamat ameng walaupun dia set set mat pit….
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Jamal Abdillah Tarik Diri Bertanding AJL38


ADVERTISEMENT