CARI-HBZ Publish time 19-2-2024 10:28 AM

Amir Masdi Terpaksa Bohong Keluarga Untuk ‘Hidup’

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/19/102803ytp2xcxyptx27noj.png





Penyanyi Amir Masdi mendedahkan terpaksa berbohong dengan kedua ibu bapanya bahawa dia tidak mendapat sesen pun bayaran membuat persembahan pentas, sewaktu awal pembabitannya dalam bidang seni.


Malah, untuk mengaburi mata mereka, Amir atau nama lengkapnya Amir Syazwan Masdi terpaksa tidur di studio, seolah-olah dia sedang sibuk kerana mendapat banyak tawaran menyanyi.


“Perkara ini saya tidak pernah ceritakan pada sesiapa, malah ibu bapa saya sendiri pun tidak tahu. Ketika awal-awal bergelar artis, selepas selesai sahaja membuat persembahan, saya akan tanya pengurus soal bayaran.


“Tapi pengurus cakap tidak ada (bayaran). Pergi sana sini, menyanyi banyak lagu tapi percuma sahaja. Ketika itu saya fikir macam inikah nasib penyanyi yang mana bersusah payah menyanyi tapi tidak ada bayaran,” katanya dalam program SYOK podcast – Confession Bilik Gelap Musim Keempat, baru-baru ini.


Ujar juara program Akademi Fantasia 2016 itu lagi, setiap kali pulang ke rumah, ibu bapanya akan gembira kerana menyangka dia mendapat bayaran kerana dihujani dengan banyak tawaran membuat persembahan.


Namun hakikatnya, dalam hati hanya dia sendiri yang tahu dan terpaksa memendam kenyataan sebenarnya kerana enggan orang tuanya risau.


“Apa yang sedihnya, balik rumah mak ayah gembira sebab saya ada ‘show’ dan mestilah mereka fikir dapat bayaran. Kalau mereka tanya, saya hanya cakap ada. Dalam hati saya sendiri yang tahu. Saya tidak mahu mereka risau. Jadi, saya pendam saja.


“Saya tidak mahu terkurung di rumah dan menganggu fikiran kerana tidak bekerja. Jadi, saya memilih untuk berada di studio agar kelihatan sibuk dan banyak kerja, selain mahu mengelak ditanya oleh ibu bapa.


“Pendek kata, saya sebenarnya sibukkan diri untuk kaburi pandangan keluarga. Tetapi dalam masa sama, di studio saya nak dapatkan pendedahan dan belajar banyak perkara berkaitan muzik,” katanya.


Amir yang popular menerusi lagu Debu itu bagaimanapun terpaksa tabah dan perlu sentiasa berfikiran positif dengan memujuk diri, apa yang berlaku adalah sebagai pengalaman untuk dia memperbaiki diri.


“Waktu itu saya cakap pada diri, ini adalah platform (menyanyi) untuk saya timba pengalaman dan memperbaiki diri.


“Ini adalah ujian, saya ambil sebagai halangan yang perlu hadapi. Mungkin masa itu saya dapat pengalaman dan pendedahan,” katanya.


Sebelum ini, Amir, 28, pernah dua kali menjadi finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu menerusi lagu Kau Sakiti pada AJL35 dan Debu duet bersama Dayang Nurfaizah pada AJL37. Selain itu, Amir juga menjadi naib Juara pada program The Masked Singer Malaysia musim kedua.


Lebih membanggakan juga, Amir berjaya melancarkan album sulungnya berjudul Amir Masdi tahun lalu serta mengadakan siri jelajah album itu di seluruh negara.




Sumber – KOSMO! ONLINE

sukanyanyi Publish time 19-2-2024 01:58 PM

sure bukan ade yg songlap bayaran? sori buruk sangka..

ReginaGeorge Publish time 19-2-2024 02:01 PM

Kenapa bergambar buat muka mcm tu? Tak macho pon {:1_507:} Tak semua orang sesuai muka amik gambar buwt muka mcm ni and you are one of them :sleepy:

Lavender_Violet Publish time 19-2-2024 02:09 PM

Suara sedap dia ni tapi tak brp nak menjadi
Pic atas tu dh rupa orang asli wpun dia sebenarnya agak good looking jugak sebenarnya

She-Ra Publish time 19-2-2024 02:12 PM

iols kenal dia sejak duet dgn ella dlm satu event suria
terus WOW! sayang dia ni, ada bakat dan rupa tp mcm tak berapa nak laku
entah di mana silapnya...

debab_78 Publish time 19-2-2024 02:14 PM

amir ni kena rambut pendek. rambut panjang tak sesuai dgn muka dia

mdmy Publish time 19-2-2024 02:41 PM

Amir ni kena upah Glam Squadutk improve image and costume macam Hael Husaini. Dia ni bukan takde rupa cuma macam tak siap.

kakakgarang Publish time 19-2-2024 03:47 PM

mati2 ingat que haidar versi down syndrome

rosevelvet Publish time 19-2-2024 03:54 PM

She-Ra replied at 19-2-2024 02:12 PM
iols kenal dia sejak duet dgn ella dlm satu event suria
terus WOW! sayang dia ni, ada bakat dan rup ...

Dia n afiq syazwan antara yg boleh dipropose utk perform ms corporate dinner

supernaturalee Publish time 19-2-2024 04:17 PM

kakakgarang replied at 19-2-2024 03:47 PM
mati2 ingat que haidar versi down syndrome

oh mg gawd
jahatnyaaaaaaaaaaaaaa


{:8_654:}

sayurmayur88 Publish time 19-2-2024 04:20 PM

comel la heolls ni..

likilu Publish time 19-2-2024 04:28 PM

Lavender_Violet replied at 19-2-2024 02:09 PM
Suara sedap dia ni tapi tak brp nak menjadi
Pic atas tu dh rupa orang asli wpun dia sebenarnya agak...

Muka baby fat lagi
Cuba exercise sikit jogging sikit, baru defined sikit muka ada jawline nanti

anilanil Publish time 19-2-2024 04:29 PM

Dia ni sejenis muka comel. Ko style je fesyen kpop look even nyanyi rock. Takyah acah2 rockstar sbb tak kena gaya. Ok je mamat kpop nyanyi rock. Dah muka jambu, utilize je la...

LadyCarefree Publish time 19-2-2024 04:49 PM

Dah kenapa tak ada bayaran? Dah kenapa sebelum terima undangan tak tanya pasal bayaran? BBNU sendu nyanyi kat tesco pun ada bayaran.

imransulaiman Publish time 19-2-2024 04:50 PM

Takde ke stylist yang boleh makeover dia ni? Suara dah sedap. Tapi tak seiring penampilan.

Ko kawin je lah dengan Aina Abdul!

kakakgarang Publish time 19-2-2024 04:51 PM

supernaturalee replied at 19-2-2024 04:17 PM
oh mg gawd
jahatnyaaaaaaaaaaaaaa

sorry sisturrr.. mata iolls mmg jahat

heythere123 Publish time 19-2-2024 05:23 PM

ke heols kena scam sebenarnya? tak logik takde payment, entah2 orang lain dah makan duit tu

sleepandream Publish time 19-2-2024 06:49 PM

bukan ke lepas abis AF, faizal tahir ambik heols bawah recording heols?
biasanya baru2 lepas menang byk job sana sini.... takkan for free kot?
masa tu la paling masyukkkk... tak caya tanya hazama...

sukanyanyi Publish time 19-2-2024 08:07 PM

imransulaiman replied at 19-2-2024 04:50 PM
Takde ke stylist yang boleh makeover dia ni? Suara dah sedap. Tapi tak seiring penampilan.

Ko kawin ...

Noway dgn enabedul.. iols lg rela tgk heols dgn salah sorang fans dia (pastikan yg lawa). Dowan enabedul..dowan dowan...

sukanyanyi Publish time 19-2-2024 08:13 PM

heythere123 replied at 19-2-2024 05:23 PM
ke heols kena scam sebenarnya? tak logik takde payment, entah2 orang lain dah makan duit tu

Itula yg iols pikirin. Kemain iols yg first komen, gigih;P
Lucu yach ramai komen psl penampilan heols.. iols mmg antara minoriti la ni yg terima heols seadanya :lol:
Pages: [1] 2 3
View full version: Amir Masdi Terpaksa Bohong Keluarga Untuk ‘Hidup’


ADVERTISEMENT