Vellfire Publish time 18-2-2024 10:02 PM

Juruteknologi makmal perubatan HSA didakwa terima rasuah RM16,150

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240218/fw1366198jb0118022024mahkamah-scr.jpg

Tertuduh (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 25 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM16,150. - Gambar BERNAMA
JOHOR BAHRU: Seorang juruteknologi makmal perubatan di Jabatan Patalogi Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 25 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM16,150.
Saifulamin Sabran, 51, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Mengikut kesemua 25 pertuduhan, lelaki itu didakwa telah bersetuju menerima wang tunai berjumlah RM16,150 daripada enam individu, yang mana ia mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.
Wang tunai melibatkan jumlah antara RM500 hingga RM2,000 telah dimasukkan ke beberapa akaun bank milik enam individu, yang menjadi pengantara.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di dua bank di enam cawangan berbeza sekitar Johor Bahru, Bandar Baru Uda, Kota Tinggi, Desaru, Kulai dan Simpang Renggam.
Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Julaila Jamaludin memohon jaminan RM13,000 dengan seorang penjamin, beserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan, melaporkan diri di pejabat SPRM Johor Bharu sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Peguam Shaik Saleem SM Daud yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000, atas alasan anak guamnya mempunyai tiga anak termasuk berusia tiga tahun, bersekolah menengah dan lepasan sekolah menengah, serta isteri tidak bekerja.
Mahkamah membenarkan Saifulamin diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan yang dimohon pendakwaan dan menetapkan 21 April depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

https://www.utusanborneo.com.my/2024/02/18/juruteknologi-makmal-perubatan-hsa-didakwa-terima-rasuah-rm16150
Pages: [1]
View full version: Juruteknologi makmal perubatan HSA didakwa terima rasuah RM16,150


ADVERTISEMENT