sfhzuraz Publish time 18-2-2024 09:33 PM

Kanak-kanak 12 tahun lemas di Sungai Tembeling

Kanak-kanak 12 tahun lemas di Sungai Tembeling


Amir Hamzah Nordin
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm18carilash_1708260715.jpg
Operasi mencari mangsa kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di SUngai Tembeling, Kampung Kuala Sat dekat sini pada jam 6 petang hari ini. FOTO JBPM



Jerantut: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Tembeling dekat Kampung Kuala Sat dekat sini, kira-kira jam 6 petang hari ini.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Mat Kassim berkata, kanak-kanak tersebut bernama Mustaqim Rizman disyaki lemas ketika mandi bersama rakannya.
"Pada peringkat awal ini, tugas pencarian mangsa sedang diselaraskan antara polis, bomba dan penyelamat, persatuan pengedali bot dan penduduk tempatan.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sejurus menerima panggilan kecemasan tetapi operasi ditangguhkan kerana keadaan gelap dan akan bersambung esok," katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Tahan, Mohd Azam Mohd Abdul Latif berkata anggota bersama jentera sudah digerakkan manakala Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Kuantan dan Pekan telah dimaklumkan," katanya.


Disiarkan pada: Februari 18, 2024 @ 8:50pm


Kanak-kanak 12 tahun lemas di Sungai Tembeling (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Kanak-kanak 12 tahun lemas di Sungai Tembeling


ADVERTISEMENT