sfhzuraz Publish time 18-2-2024 07:42 PM

Bomba guna dron kesan lelaki dikhuatiri lemas di Batu Burok

Bomba guna dron kesan lelaki dikhuatiri lemas di Batu Burok


Oleh Baharom Bakar - Februari 18, 2024 @ 7:16pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/LEMAS_MANGSA_PANTAI_BATU_BUROK_dron_batu_buruok_1708255090.jpg
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menggunakan dron untuk mencari dan menyelamat seorang peniaga dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok hari ini. - Foto NSTP/Ghazali Kori



KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menerbangkan dron bagi mencari seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Baru Burok, hari ini.
Komandan Operasi JBPM Kuala Terengganu, Baharum Mohammad Hasim, berkata dua bot peronda termasuk daripada Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim (MARITIM) turut digunakan untuk mengesan kedudukan mangsa dikenali, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44.
Pencarian menggunakan bot dan dron terpaksa dihentikan jam 7 malam, tetapi operasi mengesan melalui pantai akan terus dilakukan sehingga mangsa ditemui.
"Pegawai dan anggota daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut melakukan pencarian selepas menerima laporan kejadian itu, jam 11.31 pagi tadi.
"Berdasarkan pergerakan arus, mangsa akan dihanyutkan ke sebelah kiri muara sungai Terengganu," katanya ketika ditemui.
Dalam kejadian pagi tadi, Zulkarnain dihanyutkan arus ketika bermain ombak jam 11.20 pagi.
Isteri mangsa, Nora Elina Abdul Khalil, 44, dari Petaling Jaya, bersama dua anak perempuannya ketika itu sedang bermain pasir di pantai berkenaan.
Nora Elina dan Zulkarnain Mohamed serta dua anak perempuannya berusia antara 9 dan 11 tahun bercuti ke negeri ini dan mendaftar masuk di sebuah hotel di Batu Burok, Jumaat lalu dan dijangka mendaftar keluar esok.
Mengulas lanjut, Baharum berkata, operasi mencari Zulkarnain akan diteruskan melalui rondaan di tepi pantai sejauh tiga kilometer ke sebelah pantai Chendering.
Bomba tidak boleh menggunakan bot gentian kaca untuk mencari berikutan ombak setinggi satu hingga dua meter.
"Pegawai dan anggota PPDA juga tidak boleh melakukan penyelaman berikutan arus di dasar yang terlalu kuat," katanya.

Bomba guna dron kesan lelaki dikhuatiri lemas di Batu Burok (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Bomba guna dron kesan lelaki dikhuatiri lemas di Batu Burok


ADVERTISEMENT