EJALTI Publish time 18-2-2024 02:02 PM

Anak saudara TokTi, Umai ‘mengejutkan’ Cakra Khan

Edited by EJALTI at 18-2-2024 06:08 AM

Anak saudara TokTi, Umai ‘mengejutkan’ Cakra Khan

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ejutkan-cakra-khan/

Oleh HANISAH SELAMAT
18 Februari 2024, 11:42 am

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/UMAI-CAKRA-2-2048x1152.jpeg
CAKRA menyifatkan Umai sebagai penyanyi remaja yang mempunyai bakat luar biasa.

KUALA LUMPUR – Penyanyi remaja, Ummi Umaira mencetuskan rasa bangga khalayak, terutama keluarga apabila berkongsi pentas secara spontan dengan penyanyi Indonesia, Cakra Khan dalam Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0, malam tadi.

Ibunya, Siti Nursairah Tarudin yang juga adik kepada penyanyi nombor satu tabah air Datuk Seri Siti Nurhaliza itu mengakui terkejut saat Datuk Ramli M.S selaku pengarah muzik konsert memanggil nama Ummi Umaira atau Umai untuk naik ke pentas membawakan sebuah lagu berjudul Seluruh Cinta.

“Terkejut apabila Tok Ram sebut nama Umai untuk nyanyi duet dengan Cakra Khan Umai kerana kami datang sebagai penonton dan peminat abang Cakra Khan. Semua ini secara spontan.

“Dalam konsert besar, semua kena ada persediaan dan saya pun tidak diberitahu apa-apa tapi ini kejutan yang tidak disangka. Ibu bangga dengan kakak,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Siti Sairah juga terharu melihat pencapaian anak sulungnya, apatah lagi dia mampu beraksi dengan bagus sebaik berada di pentas mega tersebut.

Kejutan penuh makna itu berlangsung ketika Cakra mengumumkan mahu membawakan lagu yang dipopularkan bersama Siti Nurhaliza, namun secara tiba-tiba Ramli memanggil gadis cilik berusia 12 tahun itu naik ke pentas.

Mengundang sorakan ramai, tambah mengujakan Umai yang mendapat tajaan ke Hollywood, Amerika Syarikat mewakili negara ke World Championships Of Performing Arts (WCOPA) tidak mensia-siakan peluang untuk beraksi cemerlang.

Cakra pada sidang media selepas konsert di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu juga tidak menyangka penganjur mengundang anak saudara penyanyi dihormatinya yang disifatkan mempunyai bakat luar biasa.

Dalam ruangan komen rata-rata meninggalkan pujian dengan menyatakan Umai mempunyai vokal serta lenggok tersendiri yang membolehkannya pergi jauh dalam arena seni suara.

“Tahniah Umai dan ibu ayah. Vokal hebat. Terbaik protege Tok Ram!,” kata seorang netizen.

“Nyanyiannya sempurna, bintang dalam ciptaan,” tulis seorang pemilik akaun laman sosial lain.

Pada persembahan berdurasi sekitar tiga jam tersebut, penghibur bersuara serak itu turut mengundang rakan seperjuangan dari Indonesia iaitu Datuk Seri Rossa dan Judika.

Malah Cakra, 31, juga menjemput penyanyi tempatan, Dayang Nurfaizah untuk sama-sama memeriahkan konsert anjuran Seven Skies Motion Sdn. Bhd itu.– KOSMO! ONLINE

noor2 Publish time 18-2-2024 02:24 PM

Sedap ke suara dia ni....

telracs Publish time 18-2-2024 03:26 PM

Edited by telracs at 18-2-2024 07:31 AM

Ada videonya tak?
Tepeklah sini.

*Edit
Oh, ok dah tengok pada link yang disertakan di atas.

Terima kasih.
{:2conggalo

izat123 Publish time 18-2-2024 03:41 PM

Budak ni dari kecik dah jadi anak didik Tok Ram rasanya. Rapat dengan Tok Ram.

bambimo Publish time 18-2-2024 04:19 PM

Dh besar makin sedap suara si umai Ni..kawalan nafas pun semakin improve...

asamfish Publish time 18-2-2024 05:17 PM

fuhhhhh...tanjat iolsss...ingatkan Chaka Khan...rupenya Cakra Khan....:lol:

noor2 Publish time 18-2-2024 05:21 PM

telracs replied at 18-2-2024 03:26 PM
Ada videonya tak?
Tepeklah sini.




p1u_4GBTjYY?si=jk4iNpbFm3Kk8Tb4


Baru dapat...jom dgr sama2

noor2 Publish time 18-2-2024 05:24 PM

Wow.....sedappp suara dia....suara besar...eh badan budak umur 12 tahun...besar dari cakra...anyway suara sedap

hyie Publish time 18-2-2024 05:30 PM

sheols kalau bawak lagu dawai macam takda soul gitu, jadi bosan. Yang ni oklah sebab spontan kan (menurut emaknya, Saerah).

Bonger Publish time 18-2-2024 05:39 PM

Sementara tunggu aafiyah besar umai ambikk alihh dulu yeee....nnt boleh buat konsert sesama

Minami2013 Publish time 18-2-2024 05:39 PM

Dia kena kerja kuat mcm aina bedul sbb rupa so-so {:1_565:} Suara pun tk de la special sgt. Biase2 je.

Pak.dolla Publish time 18-2-2024 05:56 PM

Minami2013 replied at 18-2-2024 09:39 AM
Dia kena kerja kuat mcm aina bedul sbb rupa so-soSuara pun tk de la special sgt. Biase2 j ...

.
.
setuju dgn pendapatan ko...
lg pulak suara dia klon makcik dia....nothing special....dah byk yg ada suara mcm tu...

SalenaGomez Publish time 18-2-2024 05:59 PM

noor2 replied at 18-2-2024 02:24 PM
Sedap ke suara dia ni....

Sedap…SG baru search kat ig tadi, mmg best suara dia… nampak ada improvement sejak dia masuk sekolah seni tu. Dia pon nampak relax time nyanyi. Tone suara sedap dan ada lain skit dr tokti

TomyamPuteh Publish time 18-2-2024 05:59 PM

Terkejutnya haku.Cutting badan Umai dh mcm anak dara sunti umo 16-17 tahun.

Whateverr Publish time 18-2-2024 06:08 PM

Hmmm..bolehla tapi dia kena lari dari bayang2 sekrah. Sbb nmpk sgt 'sekrah' tu.

krustykrab Publish time 18-2-2024 06:11 PM

Aku dok ingat cakra padat ni pompuan, rupanya lelaki:lol:

anony-mous Publish time 18-2-2024 06:13 PM

Minami2013 replied at 18-2-2024 05:39 PM
Dia kena kerja kuat mcm aina bedul sbb rupa so-soSuara pun tk de la special sgt. Biase2 j ...

Setuju. I dah dgr, tp xhbis. Hmm low notes pon xboleh bawak, suara lebih kurang tokti tp versi semput x sedap. Awal2 dah jaja nama tokti. Bdn gundu utk umur dia & x cantik. Mmg susah skit la.

Rindu suara unik2 mcm dayang, yuna, yg ko sekali dgr dah boleh cam suara siapa

Madel Publish time 18-2-2024 06:27 PM

Muka body gundu sebijik copy mak dia
suara pulak copy makcik Ct dia.
Tak ada WOW factor.

Mekgadis16 Publish time 18-2-2024 07:16 PM

Whateverr replied at 18-2-2024 06:08 PM
Hmmm..bolehla tapi dia kena lari dari bayang2 sekrah. Sbb nmpk sgt 'sekrah' tu.

Kannn. Sampai ig handle pun ada nama maknya dah kenapa. Nama bapak aku boleh terima. Ni nama anak mak atuk sekali kau! Hahahaha

ashcroft86 Publish time 18-2-2024 07:18 PM

Madel replied at 18-2-2024 06:27 PM
Muka body gundu sebijik copy mak dia
suara pulak copy makcik Ct dia.
Tak ada WOW factor.

Seriously fat-shamed budak umo 13??? How old are you nk mengata budak cmni? She is a freaking child la. Xmalu tua2 bangka cmni nk mengata budak. Some of you mmg hidup penuh negativity, toksik. I'm not her fan, bru knal harini, tp ad akal la nk mengata pon. Byk tahun lg die nk improve, kudos tu her berusaha awal. Babinya achik forum tersangkak. Mampos lo dgn golongan macam lo.
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Anak saudara TokTi, Umai ‘mengejutkan’ Cakra Khan


ADVERTISEMENT