mattzzx Publish time 18-2-2024 11:41 AM

Pemandu van halang ambulans dikenakan tindakan - Polis

https://assets.bharian.com.my/images/articles/vanhlang_1708219285.jpg
Tangkap layar video tular memaparkan van yang menghalang laluan ambulans. FOTO tular media sosial

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang tidak memberikan laluan kepada sebuah ambulans di KM 14 Lebuhraya Pasir Gudang, dekat sini pagi semalam, telah dikenakan tindakan saman.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya telah mengesan satu rakaman video berdurasi 47 saat pada 3.30 petang semalam menerusi media sosial yang memaparkan pemandu van jenis Toyota Hiace menghalang laluan ambulans.

"Van berwarna putih itu dilihat tidak mengendahkan untuk memberikan laluan walaupun siren telah dibunyikan serta lampu mata arah telah dinyalakan, hingga ambulans itu terpaksa memotong di lorong kiri.

"Susulan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seri Alam telah mengesan pemandu berkenaan dan telah mengenakan tindakan saman RM300 kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 9(2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 166/59 kerana tidak memberikan laluan kepada kenderaan polis/ambulans/bomba/penjara/kastam/Jabatan Pengangkutan Jalan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata lelaki berusia 38 tahun itu turut disiasat mengikut Seksyen 56(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak memiliki lesen memandu vokasional (GDL) manakala semakan juga mendapati dia mempunyai tujuh saman kesalahan trafik. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/02/1213826/pemandu-van-halang-ambulans-dikenakan-tindakan-polis
Pages: [1]
View full version: Pemandu van halang ambulans dikenakan tindakan - Polis


ADVERTISEMENT