sfhzuraz Publish time 16-2-2024 06:25 PM

5,000 kompaun kesalahan merokok lebih RM1 juta dikeluarkan

5,000 kompaun kesalahan merokok lebih RM1 juta dikeluarkan

OlehNURFARDLINA IZZATI MOKTAR
16 Februari 2024 05:53pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/16/2540294.jpg
Sebanyak 3,022 notis kesalahan dikeluarkan di tempat makan yang telah diwartakan sebagai tempat larangan merokok. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Dr Kasemani



KUALA NERUS - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan lebih 5,000 notis kesalahan merokok di tempat awam dengan nilai kompaun berjumlah lebih RM1 juta menerusi Ops Gomo Asap yang dilaksanakan sejak awal Januari tahun lalu.
Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, semua kesalahan itu dikesan melalui 1,547 operasi yang dilaksanakan di lapan daerah sepanjang tempoh berkenaan.


Dr Kasemani menyatakan daripada jumlah itu, sebanyak 3,022 notis kesalahan dikeluarkan di tempat makan yang telah diwartakan sebagai tempat larangan merokok.
"Selain itu, sebanyak 1,805 notis pula dikeluarkan di sekitar kawasan Batu Buruk yang telah diwartakan sebagai kawasan TBAR (Terengganu Bebas Asap Rokok)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Mengulas lanjut, Dr Kasemani berkata, operasi berkenaan dijalankan oleh 321 pengawai penguatkuasa JKNT di seluruh Terengganu termasuk di pejabat-pejabat kerajaan dan hentian rehat dan rawat (R&R) sepanjang Lebuhraya Pantai Timur.
Dalam pada itu, Dr Kasemani menyatakan terdapat ramai pihak yang tidak mengendahkan larangan merokok meskipun terdapat banyak papan tanda mengenai penguatkuasaan peraturan berkenaan.
Beliau berkata, penguatkuasaan itu bertujuan melindungi golongan majoriti bukan perokok daripada bahaya asap rokok pasif khususnya golongan tua, ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi.
"JKNT tetap akan meneruskan Ops Gomo Asap dan meningkatkan aktiviti kempen kesedaran mengenai bahayanya terhadap kesihatan," jelasnya.

Beliau menambah semua kesalahan tersebut boleh ditawarkan kompaun dan dibayar dimana-mana Pejabat Kesihatan terdekat di seluruh Malaysia.
Katanya, jika sabit kesalahan dan individu tersebut gagal menjelaskan kompaun, mereka boleh didakwa ke mahkamah dengan denda tidak melebihi RM 10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
5,000 kompaun kesalahan merokok lebih RM1 juta dikeluarkan - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: 5,000 kompaun kesalahan merokok lebih RM1 juta dikeluarkan


ADVERTISEMENT