CARI-HBZ Publish time 16-2-2024 05:39 PM

Perlis Indah Tapi Rita Nadira Berparut Diserang Pacat

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/16/173850m2m0v2aa7aa82una.png






KUALA PERLIS – Sebelum Perlis yang kini menjadi tumpuan dek suasana alam bertukar menjadi keperang-perangan akibat kemarau, pelakon Rita Nadira sebenarnya telah lama jatuh cinta dengan keindahan negeri paling utara Semenanjung Malaysia itu sewaktu menjalani penggambaran drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah tahun lalu.


Rita atau nama sebenarnya Rita Nadira Mohd. Ritamurni, 26, lokasi pemggambaran yang dijalankan di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian, Padang Besar itu, dianggap cukup mempesonakan dengan pemandangan alam yang sungguh indah.


“Pengalaman menjalani penggambaran di Perlis terutama di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian sangat membuatkan saya teruja. Lokasinya begitu mendamaikan dan indah.


“Jarang saya dapat peluang untuk berlakon di tempat sebegitu. Tenang dan terasa dekat dengan alam,” katanya.


Rita yang ditemui ketika majlis tayangan episod akhir drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah di sini, malam tadi turut berkongsi pengalaman ‘menakutkan’ apabila terpaksa berdepan dengan kawasan yang dipenuhi pacat, selain liputan telefon yang sukar untuk dicapai.


“Tapi ada masalah lain pula. Kawasan tersbeut susah nak dapat ‘line’ telefon dan internet. Jadi susah saya untuk berkongsi apa-apa perkembangan di sana, selain terpaksa berdepan dengan cuaca hujan.


“Paling menakutkan saya, kawasan di sana banyak pacat. Kaki saya penuh dengan parut, kesan gigitan pacat.


“Seronoklah pacat-pacat itu hari-hari dapat ‘makan’ darah kami,” katanya sambil berseloroh.


https://www.instagram.com/p/C3XdtCvyXU5/?hl=ms&img_index=1


Bagaimanapun, Rita menyifatkan pengalaman yang dialaminya itu sebagai sangat bermakna. Sebagai seorang pelakon, Rita beranggapan kejadian seumpama itu adalah ‘harga’ yang perlu dibayar untuk memberikan yang terbaik kepada penonton.


“Kalau orang tengok, pelakon sentiasa cantik dalam televisyen. Tapi banyak lagi perkara lain yang terpaksa kami lalui dan terjadi di belakang tabir.


“Apa-apa pun, saya sangat seronok apabila dapat berpeluang merasai pengalaman menjalani penggambaran di kawasan sebegitu,” ujarnya.


Selain Rita yang memegang watak sebagai Nur Dania Safuan dan Siti Aisyah (pasangan kembar), drama arahan pengarah Shuhaimi Zulkefli itu turut dibintangi pelakon Aniq Suhair yang memegang watak sebagai Ustaz Iqbal.


Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah siaran slot Akasia TV3 sejak 9 Januari lalu itu turut menampilkan lakonan handalan Aidit Noh, Zamarul Hisyam dan Lydiawati.


Sumber – KOSMO! ONLINE

I.K.A888990 Publish time 16-2-2024 06:07 PM

oh buat kat perlis ke cerita ni
btw laku keras betul dia ni
bagus kak berlakon mmg best
semoga terus letopansss okayy

a5h91 Publish time 16-2-2024 06:29 PM

best citer ni.. heroin pn best berlakon

tuntasha Publish time 16-2-2024 07:49 PM

aku lagi suka dia berlakon dari Fasha Sandha.

cukup pakej dia ni

September14 Publish time 16-2-2024 07:53 PM

Lawo btul dia ni mngkin sbb tinggi buat dia lg outstanding

jihyomelly Publish time 16-2-2024 07:53 PM

pandai berlakon dia ni..lawa..

edayildiz Publish time 16-2-2024 08:16 PM

best ke perlis tu
besok i p penang pastu singgah perlis..saja jnjalan time weekend:lol:

Tunakimchi Publish time 16-2-2024 09:04 PM

Lawa. Berlakon x kayu. Lontar dialog x mendatar.

Hypothetically Publish time 17-2-2024 06:08 AM

She's pretty and elegant.

TerataiMelur02 Publish time 17-2-2024 07:17 AM

Harap takde la kontroversi bukan2 ya.
Cantik tinggi lampai gini mohon cari laki yang berjenis walau tak hensem

pichee Publish time 17-2-2024 07:40 AM

i suka die ni... mmg cantik.. dlu2 mmg iras rita rudaini... tlg jgn alter muka yea...

berlakon cite astro yg jd ank org kaya tu.. cantik btl die dlm drama tu...

oklatu85 Publish time 17-2-2024 08:10 AM

TerataiMelur02 replied at 17-2-2024 07:17 AM
Harap takde la kontroversi bukan2 ya.
Cantik tinggi lampai gini mohon cari laki yang berjenis walau...

Dia kapel dengan chubby..budak dancer ceria pop star dulu kan

markonahlah Publish time 17-2-2024 08:12 AM

Berbakat dia ni..boleh berlakon jadi jahat and baik..harap jgn buat hal..jaga diri baik2

telracs Publish time 17-2-2024 08:17 AM

Means, banyaklah tempat² cantik dan menarik untuk jadi background kalau nak buat fotoshoot review² produk apa pun...

Tapi seseorang yang ngai tu, asyik turun KL untuk buat video siap keluar dari dinding butik... 'saya tak pernah pergi hartamas,saya duduk perlis'... {:1_542:}

VespaSilbe Publish time 17-2-2024 08:19 AM

Camna nak naik bukityg masa ending cerita ni... ajarin pliss

zuriey Publish time 17-2-2024 08:31 AM

Cantik dari si penyondol peah barkoba kesayangan acik porem :lol:

cicicumel Publish time 17-2-2024 08:44 AM

Semua pakat nk g Perlis skrg .
Lps film Imaginur yg guna lokasi yg sama..


BTW, bdk2 Tiktok Indon pon sakan layan cerita ni...laku keras Aniq...terus tutup isu anak luar nikah/pukul gf...i tot drama ni flop sbb byk sgt cerita tak elok pasal Aniq

tulip-rain Publish time 17-2-2024 09:45 AM

Drama yg ni mmg aku tak tengok.
Tp dia ni mmg berbakat. Cantik.
Harap pandai jaga diri dan dpt bnyk job berlakon lagi. Jgn buat perangai pelik2.

marchikobonzo Publish time 17-2-2024 10:32 AM

Dia ni herlok & pandai berlakon..

Fimie Publish time 17-2-2024 10:46 AM

VespaSilbe replied at 17-2-2024 08:19 AM
Camna nak naik bukityg masa ending cerita ni... ajarin pliss

bukit ni ke?
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Perlis Indah Tapi Rita Nadira Berparut Diserang Pacat


ADVERTISEMENT