sfhzuraz Publish time 16-2-2024 04:32 PM

RM1 juta untuk Masjid Jamek Tengah Berapit - PM

RM1 juta untuk Masjid Jamek Tengah Berapit - PM


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0216rsjamek_1708071547.jpg
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis Kenduri Rakyat dan Perasmian Masjid Jamek Tengah Berapit, Bukit Mertajam. FOTO DANIAL SAAD



Bukit Mertajam: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi Masjid Jamek Tengah Berapit, di sini untuk mengimarahkan masjid berkenaan.
Anwar berkata, pihaknya meminta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) menyegerakan penyediaan surat supaya semua yang direncanakan dapat disegerakan.
Menurutnya, kos pembinaan setiap masjid baharu kebiasaannya menelan belanja antara RM7 juta hingga RM8 juta namun, Masjid Jamek Tengah Berapit yang dibina pada 1996 hanya membelanjakan sekitar RM3 juta.
"Oleh itu, pada hari ini untuk memulakan projek kecil umpannya maahad tahfiz dan program kariah masjid, saya mengumumkan peruntukan RM1 juta.
"Saya minta ICU percepatkan (buat surat) supaya saya dapat luluskan segera dan TKM (Timbalan Ketua Menteri) dan pejabat daerah sebagai penyelaras dapat pastikan program yang dirancang berjalan lancar," katanya ketika berucap merasmikan masjid berkenaan yang turut dihadiri Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Sementara itu, Pengerusi Kariah masjid berkenaan, Fakhrul Azman Ali, berkata masjid itu sudah siap dibina sejak 28 tahun lalu yang peruntukannya disumbangkan Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.
"Masjid ini didirikan pada Januari 1996 dan digunakan ketika Solat Aidiladha pada 1997 dengan kos sebanyak RM2.1 juta.
"Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.2 juta disumbangkan Perdana Menteri yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri manakala baki RM900,000 adalah hasil sumbangan orang ramai.
"Oleh kerana jasa dan sumbangan kewangan terhadap masjid ini, maka Jawatankuasa Kariah berharap suatu hari nanti masjid ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri (Anwar) dan bersyukur apabila hasrat ini dimakbulkan," katanya.


Disiarkan pada: Februari 16, 2024 @ 4:19pm


RM1 juta untuk Masjid Jamek Tengah Berapit - PM (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: RM1 juta untuk Masjid Jamek Tengah Berapit - PM


ADVERTISEMENT