eddlisa_uyuk Publish time 16-2-2024 09:13 AM

ASTRO RIA : LAYANG-LAYANG PERKAHWINAN [SHUKRI YAHAYA, EZZANIE JASNY, KEITH FOO] 10 MLM ISNIN-KHAMIS




Layang Layang Perkahwinan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Eyra Rahman dibintangi oleh Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny dan Keith Foo. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 8 Januari 2024 menggantikan Syurga Itu Bukan Mudah.


Drama bersiri Layang Layang Perkahwinan diarahkan oleh Eyra Rahman menampilkan Shukri Yahaya dan Ezzanie Jasny sebagai pelakon utama. Layang Layang Perkahwinan bersiaran mulai 8 Januari 2024, pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot MegaDrama Astro Ria atau strim on demand melalui Ultra Box & Astro GO.


Layang-Layang PerkahwinanEpisod: 28
Tarikh Tayangan: 8 Januari 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:0 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go
Penulis Skrip: Oka Aurora
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: iFame (iFabulous Art Media & Event)


Lagu OST
Lagu: Haruskah (Kubalas semua)
Penyanyi: Afida
Lirik: Gio Wibowo



Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Azim Hasibullah
Ezzanie Jasny sebagai Saida Amanda
Keith Foo sebagai Ammar
Alya Iman sebagai Tsuraya
Arash Mohd sebagai Hasibullah
Nina Juren sebagai Laeli
Lisdawati sebagai Umi / Nenek
Aishah Ilias sebagai Maryam
Haidar Hasanudin sebagai Arjuna
Natasha Elyzza sebagai Nur Maya
Aidan Razeen
Kenji Sawahii
Zaid Erakad



Sinopsis Layang Layang Perkahwinan

Saida adalah isteri yang sempurna kepada Azim. Saida tidak menyedari dirinya telah dicurangi oleh Azim. Bagaimanakah Saida akan bangkit untuk menyelamatkan perkahwinannya daripada berantakan?


Episod 1 - 4
Azim berjaya naik pangkat atas usaha isterinya Saida. Naluri Saida mula rasa ada yang tak kena dengan suaminya. Azim sering balik lewat dengan alasan sibuk dengan kerja rupanya dia curang.


Saida teruja dengan tawaran dari syarikat besar namun keterujaan itu lenyap dengan masalah yang ditimbulkan oleh ibu mertuanya Laeli. Ketegangan Saida meningkat kerana sikap Laeli yang suka merendahkannya.


Saida mencuri tengok telefon bimbit Azim, mencari bukti kecurangannya. Meski tiada apa-apa yang mencurigakan ditemui, tapi nama Maryam sekali lagi menjentik naluri Saida. Saida mengekori Azim dan Maryam.


Saida telah bersusah payah menyediakan makan malam istimewa untuk meraikan kejayaannya dengan Azim. Dia kecewa lagi kerana Azim tak balik seperti dijanjikan. Azim menghabiskan malamnya dengan wanita lain.







izzah_mia Publish time 16-2-2024 02:31 PM

minggu depan minggu akhir...tak sabar nak tengok endingnya.
padan muka suraya si penyondol..mengandung anak perempuan

Perawankota Publish time 18-2-2024 02:47 AM

Agak2 Saida back to Amar tak?

izzah_mia Publish time 19-2-2024 01:34 PM

Perawankota replied at 18-2-2024 02:47 AM
Agak2 Saida back to Amar tak?

janganlah cliche hujung2x Amar mati sebab pertahankan Saida.
biarlah ending bahagia

Perawankota Publish time 19-2-2024 04:14 PM

izzah_mia replied at 19-2-2024 01:34 PM
janganlah cliche hujung2x Amar mati sebab pertahankan Saida.
biarlah ending bahagia

Boringnyaaaa ending mcmtu…

izzah_mia Publish time 26-2-2024 03:14 PM

dah habis cerita ni...ending macam tergesa2x je
yang azim ni sekejap ckp elok dgn saida..kejap marah2x

bapak azim tu nasib pun tergantung je..kena ikut polis pegi balai je
Pages: [1]
View full version: ASTRO RIA : LAYANG-LAYANG PERKAHWINAN [SHUKRI YAHAYA, EZZANIE JASNY, KEITH FOO] 10 MLM ISNIN-KHAMIS


ADVERTISEMENT