mattzzx Publish time 15-2-2024 05:35 PM

1,000 delegasi sertai Routes Asia 2024 di Langkawi

https://assets.bharian.com.my/images/articles/ladaaa1522_1707986575.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid. NSTP/Ihsan Facebook LADA

LANGKAWI: Seramai 1,000 delegasi dalam dan luar negara mengesahkan menyertai acara Routes Asia 2024 selama tiga hari mulai 27 Februari ini di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid, berkata acara itu penting dan diyakini mampu menyemarakkan semula industri pelancongan tempatan.

"Acara itu menyediakan platform untuk syarikat penerbangan, lapangan terbang, pihak berkuasa pelancongan dan pihak berkepentingan penerbangan di rantau ini untuk bertemu, selain masing-masing berkongsi amalan terbaik.

"Seramai 1,000 delegasi mewakili 329 syarikat mengesahkan menyertai acara itu dan sepanjang tempoh berkenaan 3,000 temu janji, mesyuarat bersemuka dan sesi padanan perniagaan (B2B) bakal diadakan," katanya di sini.



Beliau berkata, Routes Asia pada asalnya dikenali sebagai New Route Asia yang diilhamkan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dan pertama kali dianjurkan pada 2003 di Kuala Lumpur.

"Langkawi dipilih sebagai tuan rumah untuk kali ini selepas memenangi bidaan dilakukan LADA dengan kerjasama MAHB dan Tourism Malaysia dalam penganjuran acara sama terdahulu.

"Sebagai tuan rumah, LADA dipertanggungjawabkan menyediakan venue utama di MIEC, selain pakej 'Pre-Tour' kepada semua delegasi bagi meninjau produk pelancongan popular di pulau ini," katanya.

Penganjuran Routes Asia terakhir berlangsung di Chiang Mai, Thailand, pada 14 hingga 16 Februari tahun lalu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1212886/1000-delegasi-sertai-routes-asia-2024-di-langkawi
Pages: [1]
View full version: 1,000 delegasi sertai Routes Asia 2024 di Langkawi


ADVERTISEMENT