sfhzuraz Publish time 15-2-2024 03:48 PM

Perlis United bakal beraksi di Liga Super?

Perlis United bakal beraksi di Liga Super?

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
15 Februari 2024 03:09pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/15/2538867.jpg
Barisan pemain Perlis United FC yang beraksi di Liga M3. - Foto: Perlis United FC



KERAJAAN Perlis memberikan sokongan kepada sebuah kelab bola sepak tempatan, Perlis United FC bagi mengisi slot negeri itu dalam Liga Super 2024-2025.
Difahamkan kelab tersebut yang yang kini beraksi di Liga M3 mendapat jemputan dari Malaysian Football League (MFL) mewakili negeri Perlis untuk menyertai Liga Super bagi musim baharu ini.


Exco Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Perlis, Wan Zikri Afthar Ishak berkata, kelab tersebut berjaya mendapatkan tajaan dalam jumlah yang besar daripada sebuah syarikat terkemuka dalam negara.
Menurutnya, kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) bersedia memberikan bantuan kepada Perlis United FC dari sudut kemudahan fasiliti seperti stadium bagi perlawanan 'home' dan juga padang latihan.


“Menteri Besar Perlis turut menyatakan ucapan tahniah kepada pihak kelab atas usaha mendapatkan tajaan.
“Perlis sudah lama ketandusan 'feeling' bola sepak di negeri ini (di Liga Super). Kita mengharapkan agar pasukan berjuang sehabis baik untuk membawa nama negeri ini," katanya seperti dipetik melalui Facebook Urus Setia Penerangan Negeri Perlis.
Perlis United bakal beraksi di Liga Super? - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Perlis United bakal beraksi di Liga Super?


ADVERTISEMENT