mattzzx Publish time 15-2-2024 02:30 PM

Gajah masuk sekolah, rosakkan pokok kelapa

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gajahsekolah23_1707976853.jpg
Sekumpulan gajah liar masuk ke kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah (SMK JPSAS) dan merosakkan beberap pokok kelapa berlaku kira-kira 3.00 pagi hari ini. FOTO Amir hamzah Nordin

Jerantut: Sekumpulan gajah liar masuk ke kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah (SMK JPSAS), 3 pagi tadi.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Mohd Khadzir Abdullah berkata, dianggarkan tiga hingga empat ekor gajah merempuh pagar sekolah itu dan masuk ke kawasan sekolah.

Katanya, kumpulan gajah itu turut merosakkan beberapa pokok kelapa yang ditanam berdekatan kuarters di situ.

"Sebelum ini gajah hanya mendekati pagar bahagian belakang sekolah dan tidak masuk ke kawasan sekolah, tetapi kali ini lain pula.


"Mujur ketika ini kebanyakan guru dan murid sedang bercuti, kecuali ada 19 pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Katanya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) sudah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.

"Gajah itu dipercayai datang dari kawasan balak yang terletak kira-kira satu kilometer di Jalan Kuala Tahan - Kampung Tuit," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1061001/gajah-masuk-sekolah-rosakkan-pokok-kelapa
Pages: [1]
View full version: Gajah masuk sekolah, rosakkan pokok kelapa


ADVERTISEMENT