mattzzx Publish time 15-2-2024 01:39 PM

Projek tambak laut PSI diteruskan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/WhatsApp-Image-2024-02-15-at-12.37.22_7edaff12.jpg
Kerja-kerja tambakan laut bagi projek PSI diteruskan meskipun projek itu berdepan dengan tindakan saman.

GEORGE TOWN – Kerja-kerja tambakan laut bagi projek Pulau Pinang Selatan (PSI) diteruskan buat masa ini meskipun berdepan tindakan saman daripada tujuh nelayan dan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, tindakan saman itu masih awal dan terdapat proses-proses yang perlu diikuti sebelum keputusan mengenainya dibuat mahkamah.

“Kerja-kerja (tambakan laut) masih diteruskan, dan kita perlu jalani proses mahkamah sebelum apa-apa keputusan dan perintah dibuat oleh mahkamah, kita tunggu,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri di sini, hari ini.

Tujuh nelayan yang diketuai Ketua Unit Nelayan Sungai Batu, Zakaria Ismail bersama Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Jaringan Ekologi dan Iklim (JEDI) bertindak memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi projek PSI di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Kesemua mereka memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 29 Disember tahun lalu untuk mencabar kebenaran merancang projek PSI yang diberi oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang pada 21 Ogos 2023.

Menurut Kon Yeow, beliau mengesahkan pejabat kerajaan negeri juga telah menerima dokumen mengenai semakan kehakiman tersebut pada 13 Februari lalu.

“Tarikh pengurusan kes ini adalah pada 19 Februari depan, dan kita telah arahkan penasihat kerajaan negeri untuk uruskan perkara ini.

“Penasihat undang-undang negeri juga akan adakan sesi libat urus dengan pihak-pihak yang dinamakan dalam tindakan saman ini. Kita akan ambil tindakan sewajarnya terhadap tindakan saman ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02/15/projek-tambak-laut-psi-diteruskan/
Pages: [1]
View full version: Projek tambak laut PSI diteruskan


ADVERTISEMENT