mattzzx Publish time 15-2-2024 12:19 PM

Hukuman pengasuh sembunyi kelahiran, kebumi bayi ditangguh Mac

https://assets.bharian.com.my/images/articles/yuni_1707969836.jpg
Yuni Widya Sari hadir di Mahkamah Majistret Kangar untuk penjatuhan hukuman yang kemudian ditangguhkan kepada 22 Mac. - BERNAMA

KANGAR: Hukuman terhadap seorang pengasuh warga Indonesia, Yuni Widya Sari yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran, ditangguhkan kepada 22 Mac.

Majistret Nur Shahida Abd Rahim menetapkan tarikh itu bagi membolehkan laporan bedah siasat dilengkapkan sebelum hukuman dijatuhkan terhadap wanita berumur 28 tahun itu.

Pengasuh berasal dari Medan itu mengaku bersalah pada 11 Januari lalu atas tuduhan menyembunyikan kelahiran pada Disember 2023.

Mengikut pertuduhan, dia didapati menyembunyikan kelahiran dengan mengebumikan mayat seorang bayi lelaki baru dilahirkannya di Jalan Mutiara Jaya, Taman Mutiara, di sini pada jam 6.30 pagi 21 Disember lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/02/1212738/hukuman-pengasuh-sembunyi-kelahiran-kebumi-bayi-ditangguh-mac
Pages: [1]
View full version: Hukuman pengasuh sembunyi kelahiran, kebumi bayi ditangguh Mac


ADVERTISEMENT