CARI-HBZ Publish time 15-2-2024 09:52 AM

“Terlajak Kata, Buruk Padahnya..” – Puteri Sarah Liyana Tayang Surat Saman Fitnah Tuduh Dia Ambil Dadah & Bela ‘Andy’

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/15/095214lavt4btpoj2bipl3.png





Lama tak dengar cerita pelakon sensasi tanah air, Puteri Sarah Liyana yang kini sibuk menguruskan perniagaan dan kariernya sebagai pelakon.


Terbaru, pelakon cantik manis itu ada mengemas kini perkembangan saman fitnah yang dikemukakannya sebelum ini terhadap seorang pegawai pemasaran.


Sebelum ini, Puteri Sarah didakwa telah menipu dalam urusan perniagaan seperti didakwa individu tersebut sekaligus telah menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dan ahli perniagaan.


https://www.instagram.com/p/C3UiPYfxSQy/


Bukan sahaja difitnah menipu, aktres itu juga dituduh mengambil bahan terlarang, bodoh sombong dan ‘membela’ seorang lelaki bernama ‘Andy’ serta dilabel ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap para pekerjanya.


Difahamkan, tuduhan tersebut dikeluarkan individu tersebut menerusi hantaran Instagram dan WhatsApp Stories.


Berikutan itu, Puteri Sarah menuntuk ganti rugi sebanyak RM1 juta selain perintah injuksi terhadap individu tersebut.


Sebelum ini, individu berkenaan telah ditemui media dan mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang pelakon wanita yang juga merupakan rakan perniagaannya.


Katanya lagi, dia sudah berusaha untuk berjumpa dengan aktres berkenaan untuk berbincang namun tidak dilayan.


Dia juga mendakwa pelakon berkenaan telah memutar belit cerita dan mengeluarkan kenyataan tidak benar di laman sosial.


Sumber : Beautifulnara

ezacbee Publish time 15-2-2024 09:55 AM

Pekes ni? Juta2 saman

acepark Publish time 15-2-2024 10:07 AM

apa kes ni?ke awal sangat masuk?

matjerk Publish time 15-2-2024 10:13 AM

ezacbee replied at 15-2-2024 09:55 AM
Pekes ni? Juta2 saman

ZgtNuF_etzY?si=O36uUK63XtOJATMl

lilacomot Publish time 15-2-2024 10:14 AM

pehal lak dia nk membela si andi yg kaya raya tu...kot andi yg membela dia logik gk la kan :$

sleepandream Publish time 15-2-2024 10:14 AM

selain jadi politician, jadi lawyer pon satu kerjaya yg masyukkkkk yach

likilu Publish time 15-2-2024 10:29 AM

Puan??

nena9042 Publish time 15-2-2024 10:38 AM

sleepandream replied at 15-2-2024 10:14 AM
selain jadi politician, jadi lawyer pon satu kerjaya yg masyukkkkk yach

Tidak melainkan anda big name :lol:

likilu Publish time 15-2-2024 10:47 AM

sleepandream replied at 15-2-2024 10:14 AM
selain jadi politician, jadi lawyer pon satu kerjaya yg masyukkkkk yach

Dia bukan regular customer abedeen ke?
Ke dah give up nak layan bukak tutup kesnye?
Payment masyuk je kan, nampak mcm ps ni honor the business tak kisah berbelanja, bukan jenis mintak free seperti anak didik dia

_blackbird Publish time 15-2-2024 11:03 AM

hanya mampu tersenyum sinis kepada semua penyembah karen toxic

{:8_651:}

anony-mous Publish time 15-2-2024 11:07 AM

Xrilex lgsg... skit2 saman. Patut la protege dia ikut “sy ambil statement puan ye” :lol:

VespaSilbe Publish time 15-2-2024 11:10 AM

Yg songlap2 tu kes lain eh..nak tunggu polis siasat ke apa

dewi_rina Publish time 15-2-2024 11:30 AM

Saman aje kejenya, harap tak tarik separuh jalan ye...

dewi_rina Publish time 15-2-2024 11:33 AM

Kenapa kakak sebelah ps kat gambo atas tu mcm muka acik rebecca :o:lol:

Sesuatu… Publish time 15-2-2024 11:38 AM

Tindakan reveal nama penuh org yg dia nk saman buleh dicounter saman x? Cubala senyap2 sikit menyaman tu. Dh mng bole la flip tudung canang kt org

abadi84 Publish time 15-2-2024 11:41 AM

likilu replied at 15-2-2024 10:47 AM
Dia bukan regular customer abedeen ke?
Ke dah give up nak layan bukak tutup kesnye?
Payment masy ...

Kali ni cari yg rate rendah sikit.

akuMNdia Publish time 15-2-2024 11:46 AM

bior ler dia saman..xkisah la ujung2 dia uturn ke tak sbb guna duit dia.
lgpun ada sesetengah org mmg kena dapat surat dr court baru kenal langit tu tinggi.

MissVixen Publish time 15-2-2024 11:56 AM

Sikit2 saman. Tapi buat kerja separuh jalan. Dengan rakyat marhaen bukan main lagi, tapi dengan birah tarik balik saman. Pfft.

noor2 Publish time 15-2-2024 12:19 PM

Hidup x pernah tenang ....cubala ignore dah kalau x betul..yg penting di mata tuhan

Fly_over Publish time 15-2-2024 12:38 PM

mastura tak saman?
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: “Terlajak Kata, Buruk Padahnya..” – Puteri Sarah Liyana Tayang Surat Saman Fitnah Tuduh Dia Ambil Dadah & Bela ‘Andy’


ADVERTISEMENT