sfhzuraz Publish time 15-2-2024 09:08 AM

Dua pasangan dicekup berkhalwat pada Hari Kekasih

Dua pasangan dicekup berkhalwat pada Hari Kekasih


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM150224kek_1707955593.jpg
PEGAWAI penguatkuasa PADK melakukan pemeriksaan dalam bilik sebuah hotel di Pekan Lunas selepas menahan pasangan kekasih kerana disyaki berkhalwat. FOTO Ihsan PADK



Kulim: Seorang ibu tunggal sanggup membawa dua anaknya yang berusia empat dan enam tahun menginap di sebuah hotel di Pekan Lunas di sini, bersama kekasihnya sebelum mereka dicekup berkhalwat, malam tadi.
Wanita berusia 41 tahun itu dicekup berkhalwat oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) dengan pasangannya yang berusia 43 tahun di hotel terbabit, pada 10.55 malam.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, pihaknya melakukan operasi Op Kasih Sayang sempena Hari Valentine di daerah itu malam tadi hingga awal pagi hari ini.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan di sebuah hotel di Pekan Lunas itu mendapati satu pasangan mencurigakan bersama dua kanak-kanak berada di dalam bilik itu.
"Selepas disoal siasat, wanita itu mengaku dua kanak-kanak terbabit adalah anak kandungnya, manakala lelaki itu pula adalah teman lelakinya.
"Pasangan itu 'terkantoi' selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan suami isteri atau mahram ketika disoal siasat.
"Berikutan itu, mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Anwar Sharifudin berkata, pasangan itu masing-masing menetap di Pulau Pinang dan datang ke daerah ini untuk memadu kasih sempena Hari Kekasih.
Beliau berkata, pasangan itu kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan, setiap seorang boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali.
Sementara itu, dalam pemeriksaan berasingan di sebuah motel di Jalan Lembah Impiana di sini mendapati, sepasang kekasih memberi alasan terpaksa menyewa di sebuah motel untuk berehat disebabkan hujan lebat selepas keluar berjalan-jalan di sekitar daerah ini dengan menunggang motosikal.
Katanya, pasangan itu turut dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan dan dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil dan kes disiasat mengikut enakmen sama.



Disiarkan pada: Februari 15, 2024 @ 8:06am


Dua pasangan dicekup berkhalwat pada Hari Kekasih (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Dua pasangan dicekup berkhalwat pada Hari Kekasih


ADVERTISEMENT