mattzzx Publish time 14-2-2024 05:16 PM

Sorok 150,000 pil kuda dalam kotak buah, sayur-sayuran

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/WhatsApp-Image-2024-02-14-at-4.46.18-PM.jpeg
Muhamad Zaki (dua dari kiri) menunjukkan pil kuda yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Taktik tiga pengedar dadah yang menyembunyikan sebanyak 150,000 biji pil kuda di dalam kotak bersama buah-buahan dan sayur-sayuran bagi mengaburi mata polis gagal apabila mereka dicekup dalam serbuan di pekarangan bangunan jualan borong di Batu 4 Jalan Pasir Mas-Salor, di sini pada Ahad lalu.

Serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu turut merampas wang tunai berjumlah RM14,380.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis menahan suspek pertama berusia 23 tahun yang sedang mengeluarkan dua kotak dari tempat duduk penumpang sebuah lori jenis Isuzu sebelum ia diletakkan di atas troli.

“Pemeriksaan ke atas kotak buah-buahan dan sayur-sayuran itu menjumpai sebanyak 150,000 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM995,500.

“Pemeriksaan lanjut di dalam lori tersebut bagaimanapun tidak menemukan sebarang barangan yang menyalahi undang-undang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, ujian saringan air kencing mendapati, ketiga-tiga suspek positif dadah jenis benzo dan dua daripadanya mempunyai satu rekod jenayah berkait kes ketum.

Tambahnya, kesemua suspek direman selama tujuh hari seminggu bermula 11 Februari lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02/14/sorok-150000-pil-kuda-dalam-kotak-buah-sayur-sayuran/
Pages: [1]
View full version: Sorok 150,000 pil kuda dalam kotak buah, sayur-sayuran


ADVERTISEMENT