mattzzx Publish time 14-2-2024 04:35 PM

Siasatan kes 'hidden cam' di inap desa diserah kepada TPR

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/BOM_1707898925.jpg
FOTO HIASAN.

Georgetown: Lelaki yang ditahan reman kerana disyaki mengintip seorang wanita menerusi kamera tersembunyi dalam bilik air di sebuah inap desa di Jelutong di sini, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berkata suspek beusia 20-an itu dibebaskan selepas tempoh reman selama empat hari terhadapnya tamat hari ini.

Katanya, kertas siasatan berhubung kes itu telah lengkap dan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

"Polis merekodkan keterangan sembilan individu bagi membantu siasatan kes ini. Kita tunggu arahan lanjut daripada TPR," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.



Ahad lalu melaporkan, polis menahan seorang lelaki di Kuala Lumpur bagi membantu siasatan seorang wanita mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong di sini baru-baru ini.

Difahamkan, lelaki terbabit adalah rakan kepada wanita yang turut menginap di inap desa yang sama bersama beberapa lagi rakan pada 5 hingga 6 Februari lalu.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang wanita menerusi hantaran di aplikasi X menyifatkan percutiannya tidak ubah seperti mimpi ngeri apabila menemukan sebuah kamera intip disembunyikan dalam bekas pewangi ketika sedang mandi di sebuah inap desa di Pulau Pinang.

Berikutan itu, seorang lelaki dicari polis selepas dikesan bahawa telefon bimbit miliknya dihubungkan dengan kamera tersembunyi yang dipasang dalam bekas pewangi.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1060750/siasatan-kes-hidden-cam-di-inap-desa-diserah-kepada-tpr
Pages: [1]
View full version: Siasatan kes 'hidden cam' di inap desa diserah kepada TPR


ADVERTISEMENT