mattzzx Publish time 14-2-2024 04:02 PM

Guru dan pegawai penjara antara ditahan berkaitan dadah

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/zaki_1707891414.jpg
MUHAMAD Zaki pada sidang media mengenai rampasan pelbagai jenis dadah di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

Kota Bharu: Empat penjawat awam termasuk seorang guru dan pegawai penjara antara 539 individu ditahan membabitkan pelbagai kesalahan berkaitan dadah menerusi operasi Tapis Bersepadu.

Semua empat penjawat awam berkenaan berusia 40 hingga 49 tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata semua mereka ditahan menerusi operasi yang dijalankan selama enam hari bermula Khamis lalu sehingga semalam.

Katanya, menerusi operasi berkenaan, pihaknya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1,046 juta membabitkan keseluruhan 502 kes.


"Sepanjang tempoh berkenaan, tangkapan membabitkan seramai 539 individu itu berusia antara 17 hingga 56 tahun.

"Daripada jumlah tangkapan berkenaan, 37 individu adalah warga asing selain empat penjawat awam.

"Selain rampasan dadah, kita turut merampas sebuah lori bernilai RM60,000 dan wang tunai RM14,380, menjadikan keseluruhan rampasan sebanyak RM1.12 juta," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, jumlah dadah yang dirampas itu dianggarkan boleh digunakan seramai 1,86 juta penagih dan semua mereka disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952.

Katanya, antara rampasan terbesar menerusi operasi berkenaan adalah tangkapan tiga sahabat yang membawa kepada rampasan 150,000 bil yaba di Perkarangan Bangunan Blok B, Pemborongan Sayur-Sayuran dan Buah di Jalan Pasir Mas, Salor, di sini, Ahad lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1060682/guru-dan-pegawai-penjara-antara-ditahan-berkaitan-dadah
Pages: [1]
View full version: Guru dan pegawai penjara antara ditahan berkaitan dadah


ADVERTISEMENT