mattzzx Publish time 14-2-2024 03:59 PM

Ming Zhe teruskan amalan turun temurun keluarga, berkhatan demi kebersihan, kesihatan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sunatakamn1_1707890269.jpg
KOH Ming Zhe, ( tengah) bersama kakak dan bapanya, Koh Eyo Lee bersiap sedia sebelum menjalani proses bersunat di Majlis Khatan Perdana di Hospital Tanah Merah. FOTO Syaherah Mustafa

Tanah Merah: "Walaupun kami berbangsa Cina tetapi majoriti lelaki dalam keluarga saya berkhatan, jadi saya beranikan diri untuk turut melakukannya" kata Koh Ming Zhe.

Dia yang berusia 13 tahun dan juga anak ketiga daripada empat beradik berkata, sejak kecil bapanya, Koh Eyo Lee, 49, dan ibu, Lee Mor Lee, 46, menceritakan manfaat berkhatan demi menjaga kebersihan serta kesihatan.

Menurutnya, dia sendiri dengan rela hati mahu berkhatan walaupun dalam masa yang sama berasa takut jika prosesnya menyakitkan dan mengambil masa untuk sembuh.

"Sebelum ini, saya pernah melihat saudara lelaki yang bersunat dan menjalani proses berpantang, jadi saya sudah dapat gambaran apa yang bakal berlaku.



"Hari ini, hanya saya seorang yang berbangsa Cina hadir untuk berkhatan namun disambut balik oleh rakan-rakan lain selain teruja kerana mandi dahulu dengan semburan air pihak bomba.

"Ibu yang juga seorang jururawat menenangkan saya bahawa berkhatan mengambil masa sebentar sahaja, tambahan pula kini ia dilakukan secara laser, jadi saya berasa lebih yakin," katanya ketika ditemui di majlis Khatan Perdana di Hospital Tanah Merah di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin yang merasmikan majlis berkenaan.

Ia disertai lebih 60 kanak-kanak dari seluruh daerah.

Sementara itu, Eyo Lee mengakui teruja melihat anaknya berkhatan memandangkan ia menjadi amalan turun temurun keluarganya walaupun mereka berbangsa Cina.

"Selain Ming Zhe, seorang lagi anak lelaki saya, Koh Ming Hern yang usia 10 tahun akan menjalani proses berkhatan namun masih memberi masa untuk dia mengumpulkan kekuatan kerana mahu setiap anak lelakinya berkhatan secara rela hati tanpa dipaksa.

"Saya akan memastikan Ming Zhe menjalani proses berpantang sebaiknya agar dia dapat segera sembuh dan semoga dengan berkhatan dia akan menjadi seorang 'dewasa' yang lebih sihat," katanya.

Menurutnya, amalan berkhatan akan diteruskan untuk generasinya yang akan datang kerana banyak kebaikan diperoleh dengan melakukan amalan ini terutama dari aspek kebersihan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1060665/ming-zhe-teruskan-amalan-turun-temurun-keluarga-berkhatan-demi-kebersihan
Pages: [1]
View full version: Ming Zhe teruskan amalan turun temurun keluarga, berkhatan demi kebersihan, kesihatan


ADVERTISEMENT