mattzzx Publish time 14-2-2024 12:50 PM

Anggota, pegawai polis bocor maklumat sulit di media sosial kesalahan serius

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/obj49589845_1707885343.jpg
ALLAUDEEN menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad

Kuala Lumpur: Tindakan segelintir anggota dan pegawai polis membocorkan maklumat sulit di media sosial merupakan satu kesalahan serius.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tindakan itu bukan sahaja mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah mengancam keselamatan negara.

"Kepesatan perkembangan teknologi masa kini memberi peluang dan ruang kepada penyebaran maklumat ini secara berleluasa tanpa menganggap implikasi pendedahan mampu untuk membawa iabiliti jenayah.

"Tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh PDRM pada masa ini dalam menjalankan penugasan kepolisan sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dan kehendak baru seiring dengan perubahan dan peredaran semasa," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurutnya, dalam dunia berteknologi tinggi ketika ini PDRM terpaksa mengubah kaedah pengoperasian dan corak penugasan serta menggunakan segala sumber secara strategik.

"Oleh yang demikian, prinsip kerahsiaan hendaklah dipatuhi selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang melarang penyebaran maklumat yang dikategorikan sebagai rahsia rasmi.

"Saya menyeru seluruh warga Polis Kuala Lumpur mengambil tindakan dengan penuh amanah, telus, tiada konflik, kepentingan, tiada unsur salah guna kuasa, berakauntabiliti dan patuh kepada peraturan serta undang-undang," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1060623/anggota-pegawai-polis-bocor-maklumat-sulit-di-media-sosial-kesalahan-serius
Pages: [1]
View full version: Anggota, pegawai polis bocor maklumat sulit di media sosial kesalahan serius


ADVERTISEMENT