CARI-HBZ Publish time 14-2-2024 12:02 PM

"Saya Tercungap-Cungap" - Manisha Koirala ‘Mulut Busuk’? Pelakon Lelaki Bollywood Popular Bocor Rahsia

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/14/120239tw14vewk4jwwdwr4.png





Selain Shahrukh Khan, Bobby Deol juga salah seorang pelakon Bollywood yang popular pada tahun 1990-an. Namanya semakin dikenali selepa membintangi filem seperti Gupt dan Soldier. Untuk filem Gupt, Bobby menjadi penyumbang dana memainkan peranan besar dalam kejayaan filem itu.


Juga dibintangi oleh Manisha Koirala dan Kajol, filem itu kemudian menjadi salah satu hits terbesar pada tahun 1997. Ketika itu, dalam temu bual dengan Filmfare, Bobby berkongsi anekdot lucu daripada pembikinan filem itu, dan teringat bahawa dia telah mengadu tentang “Nafas berbau” Manisha Koirala semasa penggambaran lagu romantis.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/14/120215o4ir39sybm161vf9.png





Dalam pengakuannya sebelum ini, dia berkata


“Saya bergaul baik dengannya, walaupun kami tidak menjadi kawan baik. Semasa penggambaran lagu ‘Bechaniyaan’ dalam Gupt, dia terpaksa mendekatkan mukanya dengan muka saya dan kemudian menggigit dagu saya. Semasa dia mendekatkan mukanya ke muka saya, saya tercungap-cungap. Dia telah makan chana chaat (makanan india) penuh dengan bawang mentah sejurus sebelum kejadian. Sungguh menghairankan bagaimana saya berjaya melakukan adegan itu.”


Bobby sebelum ini pernah berkongsi dia menari dengan kondisi dirinya yang baru sahaja patah kaki semasa penggambaran lagu ini.


Pengakuannya kepada Hindustan Times, Bobby berkongsi bahawa koreografer terpaksa membuatstep di mana dia hanya boleh menggerakkan tangannya tanpa menggerakkan badannya.


“Chinni dan Rekha Prakash ji membuat gerakan tangan saya, yang menjadi popular sebagai gaya ‘Bobby Deol,” kongsinya.




Sumber : Murai.my

mamajawie Publish time 14-2-2024 12:08 PM

kena la dengan keturunan manisha..dia kan nepal haha

jejai Publish time 14-2-2024 12:42 PM

mamajawie: kena la dengan keturunan manis ...

Series la nepal

mawardia Publish time 14-2-2024 01:34 PM

I ols penah baca kat mana entah x ingat lak. Ada je aktres yg purposely mkn makanan berbau sebelum adegan intim or kissing supaya aktor tu x bernafsu kat diaorg. Less harassment after shooting.

Yaya04 Publish time 14-2-2024 02:17 PM

Yup manisha ni mmg nepal. Dia dtg keje berlakon sume tu kene pakai passport utk lpas border.

Yaya04 Publish time 14-2-2024 02:19 PM

mawardia replied at 14-2-2024 01:34 PM
I ols penah baca kat mana entah x ingat lak. Ada je aktres yg purposely mkn makanan berbau sebelum a ...

Make sense lah. Hishhh abis tu mcm mana lah ehh shah rukh khan abis sume selebriti pompuan dia cium mesti bnyk bau.

mamajawie Publish time 14-2-2024 03:30 PM

mawardia replied at 14-2-2024 01:34 PM
I ols penah baca kat mana entah x ingat lak. Ada je aktres yg purposely mkn makanan berbau sebelum a ...

jennifer lawrence buat mcam tu

mamajawie Publish time 14-2-2024 03:30 PM

jejai replied at 14-2-2024 12:42 PM
Series la nepal

iyo nepalll

esbok Publish time 14-2-2024 03:35 PM

mawardia replied at 14-2-2024 01:34 PM
I ols penah baca kat mana entah x ingat lak. Ada je aktres yg purposely mkn makanan berbau sebelum a ...

Jenniper lawrence

orangbiasaje Publish time 14-2-2024 03:50 PM

Pun masih ada kes skandal dgn ex miley ya...

seri_mawr Publish time 14-2-2024 04:06 PM

mawardia replied at 14-2-2024 01:34 PM
I ols penah baca kat mana entah x ingat lak. Ada je aktres yg purposely mkn makanan berbau sebelum a ...

bagus jugak strategik ni...selamat la mereka after adegan2 terlampau tu..hahhaha

seri_mawr Publish time 14-2-2024 04:09 PM

Yaya04 replied at 14-2-2024 02:17 PM
Yup manisha ni mmg nepal. Dia dtg keje berlakon sume tu kene pakai passport utk lpas border.

lawanya jugak org nepal...:$
aku suka cerita Mann manisha ni berlakon dgn Amir Khan...
tiap kali tgk sure bercucuran air mata...hahahaha




kotakbaju Publish time 17-2-2024 08:37 PM

Filem Gupt ni memang plot twist ya. Tak sangka heroin kajol tu part last baru terbongkar yang dia ada prob mental then kena tembak sampai mati. Yang iols ni ingatkan memang menang kat kajol la sebagai heroin, manisha yang kena beralah. Tengok2 nahh menang kat manisha jugak.

kotakbaju Publish time 17-2-2024 08:39 PM

Bobby deol ni hensem jugak haha. Nampak la kejantanan tu. Antara dia dengan abang dia, hensem bobby ni lagi. Filem Dillagi dulu bobby penah belakon sekali dengan abang dia Sunny Deol tu.

sarah_ary2 Publish time 17-2-2024 10:34 PM

seri_mawr replied at 14-2-2024 04:09 PM
lawanya jugak org nepal...
aku suka cerita Mann manisha ni berlakon dgn Amir Khan...
tiap kali t ...

Sheols memang lawa letupssss masa muda, pastue dia banyak berlakon movie yg jenis political dgn empowering, jenis natural juga simple je penampilan

sarah_ary2 Publish time 17-2-2024 10:35 PM

kotakbaju replied at 17-2-2024 08:39 PM
Bobby deol ni hensem jugak haha. Nampak la kejantanan tu. Antara dia dengan abang dia, hensem bobby...

Bobby ni memang hensem walau dah berumur pun still nampak hensem macho gitewe, jenis private pasal family, anak dia pandai kan, kalau tgk dalam Bollywood Wives punya series tue

kotakbaju Publish time 18-2-2024 02:39 PM

sarah_ary2 replied at 17-2-2024 10:35 PM
Bobby ni memang hensem walau dah berumur pun still nampak hensem macho gitewe, jenis private pasal ...

Aah kan sekarang masih maintain hensem walau dah tua.

Oh yaka anak dia pandai. Iols dah lama tak follow bobby ni termasuk la pelakon2 bollywood yang lain. Skrg ni iols cuma suka dengar balik lagu2 hindi yang lama2 dulu dekat youtube. Sekadar layan balik lagu2 diorang aje la.

Gianna111 Publish time 18-2-2024 05:23 PM

seri_mawr replied at 14-2-2024 04:09 PM
lawanya jugak org nepal...
aku suka cerita Mann manisha ni berlakon dgn Amir Khan...
tiap kali t ...

dia nepal dan berasal dari keluarga bangsawan.. cancer survivor!:loveliness:

A-Are Publish time 22-2-2024 12:52 PM

Mak i olls punyalah suka dengan Manisha Koirala ni sampai namakan adik perempuan i olls bersempena nama dia:lol:

NonaNaga Publish time 23-2-2024 11:57 PM

kotakbaju replied at 17-2-2024 08:37 PM
Filem Gupt ni memang plot twist ya. Tak sangka heroin kajol tu part last baru terbongkar yang dia ad ...

Kajol won best villain actor for Filmfare Award untuk filem ni
Pages: [1] 2
View full version: "Saya Tercungap-Cungap" - Manisha Koirala ‘Mulut Busuk’? Pelakon Lelaki Bollywood Popular Bocor Rahsia


ADVERTISEMENT