sfhzuraz Publish time 14-2-2024 11:12 AM

Bekas penolong pegawai tadbir IPTS direman siasat seleweng RM1 juta

Bekas penolong pegawai tadbir IPTS direman siasat seleweng RM1 juta


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/remanakb1_1707878917.jpg
SUSPEK yang juga bekas penolong pegawai tadbir di sebuah IPTS di Perlis (tengah) dibawa ke Mahkamah Kangar sambil diiringi pegawai SPRM. FOTO Aizat Sharif



Kangar: Bekas penolong pegawai tadbir sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negeri ini direman tiga hari berhubung penyelewengan hampir RM1 juta wang institusi itu untuk tujuan peribadi.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim bermula hari ini sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut.
Sumber berkata, suspek berusia 33 tahun adalah salah seorang daripada dua lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara berasingan jam 5.30 petang di pejabat SPRM Kuala Lumpur dan Perlis semalam ketika diminta hadir memberi keterangan.
"Kedua-dua suspek dipercayai melakukan kesalahan itu dari 2022 hingga tahun menggunakan akaun peribadinya serta akaun rakan sekerja yang juga suspek utama dalam kes ini sebagai akaun pindahan wang daripada akaun IPTS berkenaan membabitkan jumlah hampir RM1 juta.
"Dianggarkan lebih 50 transaksi dengan purata nilai sekitar RM20,000 hingga RM30,000 sebulan dipindahkan ke dalam akaun suspek," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Perlis, Suzeliyana Hashim mengesahkan penahanan berkenaan.


Disiarkan pada: Februari 14, 2024 @ 10:48am


Bekas penolong pegawai tadbir IPTS direman siasat seleweng RM1 juta (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Bekas penolong pegawai tadbir IPTS direman siasat seleweng RM1 juta


ADVERTISEMENT