mattzzx Publish time 13-2-2024 01:11 PM

MBKT lelong lembu, kambing tak dituntut

https://assets.bharian.com.my/images/articles/lembucow_1707799909.jpg
MBKT lelong lembu, kambing tak dituntut. - Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Dua lembu jantan dan lapan kambing akan dilelong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kerana tidak dituntut selepas disita pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, akhir bulan lalu.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif, berkata haiwan berkeliaran yang ditangkap itu terpaksa dilelong pihaknya selepas tiada pemilik membuat tebusan dalam tempoh ditetapkan.

Beliau berkata, lelongan haiwan itu akan dilakukan di pusat tahanan haiwan di kawasan Perindustrian Chendering, bermula kira-kira jam 9.30 pagi Isnin depan.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/Mohamad_Jusoh_1707799907.jpg
Rosli Latif

"Lelongan ternakan ini dilakukan mengikut Perkara 6 (3), Undang-undang kecil Haiwan Merayau, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Berdasarkan akta itu, MBKT boleh mengadakan lelongan awam untuk melupuskan ternakan berkeliaran," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rosli berkata, harga permulaan lelongan ditawarkan kepada pemida antara RM192 hingga RM490 seekor.

"Pihak MBKT selepas ini akan mengambil tindakan lebih tegas kepada pemilik yang membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran yang secara tidak langsung mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1211953/mbkt-lelong-lembu-kambing-tak-dituntut

sfhzuraz Publish time 13-2-2024 01:35 PM

bagus buat mcm ni.
Pages: [1]
View full version: MBKT lelong lembu, kambing tak dituntut


ADVERTISEMENT