mattzzx Publish time 13-2-2024 01:10 PM

Pengasuh didakwa tampar muka bayi berusia 11 bulan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tampar_1707799030.jpg
NORSHAM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan mencederakan bayi perempuan berusia 11 bulan di bawah jagaannya, awal bulan ini. FOTO Azrul Edham

Seremban: Pengasuh pusat asuhan kanak-kanak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan bayi perempuan berusia 11 bulan di bawah jagaannya, awal bulan ini.

Tertuduh, Norsham Ismail, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, dia sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 bulan telah menganiayai atau bertindak secara cuai dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dengan cara menampar muka mangsa.

Perbuatan itu dilakukan jam 7.47 hingga jam 7.59 pagi, 5 Februari lalu di sebuah taska di Desa Cempaka, Nilai.



Justeru, tertuduh melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama.

Jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjarakan tempoh maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin warga tempatan dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa.

Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), A Partheeban memohon mahkamah mengenakan jaminan paling rendah dan munasabah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM7,000 dan tarikh 13 Mac bagi sebutan semula keputusan penuh laporan perubatan.

Media pada 7 Februari lalu melaporkan pengasuh wanita di sebuah pusat asuhan kanak-kanak ditahan polis selepas disyaki mendera seorang bayi perempuan berusia 11 bulan ketika dalam jagaannya pada 5 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita berusia 20-an mengenai kejadian terbabit pada jam 6.12 petang 6 Februari lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1060289/pengasuh-didakwa-tampar-muka-bayi-berusia-11-bulan

keranda.terbang Publish time 29-3-2024 02:25 PM

sabar jelah
Pages: [1]
View full version: Pengasuh didakwa tampar muka bayi berusia 11 bulan


ADVERTISEMENT