mattzzx Publish time 13-2-2024 01:06 PM

Pekerja ladang tembikai mati dengan lapan kesan tikaman

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/Mayat-lelaki-warga-Myanmar-ditemui.jpeg
Mayat lelaki warga Myanmar ditemui di tempat pembuangan sawit di ladang tembikai di Batu 7 Binjul di Kuala Ketil, Baling, kelmarin.

BALING – Seorang pekerja ladang tembikai warga Myanmar maut dalam pergaduhan dengan rakan sekerjanya di kawasan ladang tanaman tersebut di Batu 7 Binjul, Kuala Ketil, di sini kelmarin.

Mayat mangsa, Kyuk Sikay, 36, ditemui di tempat pembuangan sampah sawit dengan tujuh kesan tikaman di bahagian hadapan dada dan satu kesan tikaman di bahagian rusuk kiri.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima aduan daripada pengurus ladang pada pukul 7.50 pagi, Ahad lalu mengenai pergaduhan antara dua pekerja warga Myanmar sehingga mengakibatkan seorang daripadanya meninggal dunia.

Katanya, seorang lagi pekerja asing yang dilaporkan cedera telah melarikan diri.

“Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang tiba di lokasi kejadian menemui mangsa yang memakai baju warna putih dan seluar pendek dalam keadaan terbaring di dalam lubang tempat pembuangan sampah di ladang tersebut.

“Pemeriksaan awal menemui tujuh kesan tikaman di bahagian hadapan dada dan satu kesan tikaman di bahagian rusuk kiri. Siasatan lanjut pihak forensik mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan luaran,” katanya, di sini hari ini.

Menurutnya, lokasi kejadian terletak kira-kira 500 meter dari khemah penginapan warga asing berkenaan.

“Pengesanan Unit Anjing Pengesan (K9) dalam radius 500 meter dari tempat mangsa ditemui menjumpai lima pakaian yang disyaki terdapat kesan percikan darah yang telah direndam di dalam baldi di belakang khemah penginapan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02/13/pekerja-ladang-tembikai-mati-dengan-lapan-kesan-tikaman/
Pages: [1]
View full version: Pekerja ladang tembikai mati dengan lapan kesan tikaman


ADVERTISEMENT