mattzzx Publish time 13-2-2024 01:04 PM

Remaja nyaris rentung rumah keluarga terbakar

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/KEADAAN-kebakaran-rumah-penduduk-di-Taman-Johor-Johor-Bahru.jpeg
KEADAAN kebakaran rumah penduduk di Taman Johor, Johor Bahru malam semalam sehingga menyebabkan seorang remaja melecur pada bahagian kepala.

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki melecur tahap 2 apabila rumah keluarganya antara tiga premis yang terbakar dalam kejadian di Taman Johor, di sini malam semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba Mohd. Suhaimi Abdul Jamal berkata, dalam kejadian pada pukul 2.25 malam itu, mangsa yang berusia 17 tahun itu melecur pada bahagian kepala.

Ujarnya, mangsa dikatakan sedang tidur ketika kebakaran berlaku dan diselamatkan oleh orang awam yang menyedari kejadian itu, sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Sejurus pihak bomba menerima panggilan kecemasan, seramai 20 anggota dari BBP Larkin dibantu pasukan BBP Kempas dikejarkan ke lokasi kejadian dengan lapan jentera.

“Setibanya Pasukan Keluar Operasi didapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah tadika dan dua buah rumah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Suhaimi berkata, PKO terus bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan dua aliran bersama empat pancutan air pili bomba berdekatan sehingga api padam sepenuhnya.

Katanya, kemusnahan melibatkan tadika sebanyak 30 peratus, rumah pertama lima peratus dan rumah kedua sebanyak 90 peratus.

Turut hangus dijilat api ialah empat buah motosikal, manakala operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.46 malam. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02/13/remaja-nyaris-rentung-rumah-keluarga-terbakar/

keranda.terbang Publish time 29-3-2024 02:29 PM

semoga dipermudahkan urusan
Pages: [1]
View full version: Remaja nyaris rentung rumah keluarga terbakar


ADVERTISEMENT