mattzzx Publish time 13-2-2024 12:11 PM

Pengunjung degil pasang khemah dikompaun di Port Dickson

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/Nicole.jpeg
Nicole (kanan) ketika ditemui sempena Majlis Perasmian Program Malam Aspirasi Kebudayaan dan Kesenian Persona Port Dickson, di Dataran Seri Kemang, di sini, malam semalam. Foto NOR AINNA HAMZAH

PORT DICKSON – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengeluarkan sebanyak 110 kompaun sejak 12 Januari lalu di tiga kawasan pantai awam yang telah digazetkan sebagai kawasan larangan perkhemahan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon, tiga kawasan berkenaan adalah di Pantai Bagan Pinang, Pantai Saujana dan Pantai Cahaya Negeri.

Menurut beliau, tindakan berkenaan diambil di bawah Undang-Undang Kecil Taman (MPPD) 2008 dan individu bakal berhadapan dengan kompaun sebanyak RM1,000.

“Masih ada pihak yang degil melanggar peraturan berkenaan dan saya harap agar semua individu akan mematuhi peraturan yang ditetapkan itu demi kebaikan bersama.

“Apabila saya ditanya mengenai larangan ini, saya tegaskan ini adalah undang-undang dan peraturan. Semua individu harus mematuhinya kerana sebelum menguatkuasakan undang-undang ini kita sudah berbincang dengan pemegang taruh,” katanya di Majlis Perasmian Program Malam Aspirasi Kebudayaan dan Kesenian Persona Port Dickson, di Dataran Seri Kemang, di sini, malam semalam. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02/13/pengunjung-degil-pasang-khemah-dikompaun-di-port-dickson/
Pages: [1]
View full version: Pengunjung degil pasang khemah dikompaun di Port Dickson


ADVERTISEMENT