mattzzx Publish time 13-2-2024 12:00 PM

Ajal rempuh kereta parkir

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/rempuh_1707790956.jpg
PENUNGGANG motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta yang diletakkan di hadapan rumah dekat Jalan Mawar 7, Taman Gemas Indah. FOTO ihsan polis

Tampin: Lelaki maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas dikatakan merempuh sebuah kereta yang diletakkan di hadapan kediaman di Jalan Mawar 7, Taman Gemas Indah, Gemas, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, lelaki berusia 51 tahun itu dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar Proton Saga.

"Kemalangan kira-kira jam 5 petang semalam membabitkan penunggang motosikal jenis Modenas Kriss dengan sebuah kereta.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa dalam perjalanan balik ke rumah melalui Jalan Mawar 7.



"Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal lalu terlanggar bahagian hadapan kereta yang diparkir di hadapan rumah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan, penunggang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin bagi bedah siasat.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Balai Polis Trafik IPD Tampin dan boleh menghubungi talian 064412502 atau 064431999 Bilik Gerakan IPD Tampin bagi membantu siasatan.

"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1060243/ajal-rempuh-kereta-parkir
Pages: [1]
View full version: Ajal rempuh kereta parkir


ADVERTISEMENT