mattzzx Publish time 13-2-2024 11:47 AM

Elak motosikal terbabas, 7 kenderaan terbabit kemalangan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm282elak_1707786967.jpg
KEMALANGAN tujuh kenderaan termasuk lima motosikal di Kilometer 5.4 Jalan Ismail Sultan menghala ke Johor Bahru, malam kelmarin. FOTO TUlar

Iskandar Puteri: Sebuah kereta yang tiba-tiba menukar laluan dari lorong kanan ke kiri bagi mengelak melanggar sebuah motosikal terbabas, yang tidak dialihkan di lorong kanan, menyebabkan kemalangan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kemalangan terbabit di Kilometer 5.4 Jalan Ismail Sultan menghala ke Johor Bahru, 9.21 malam, Ahad lalu.

Katanya, selepas kereta pertama iaitu Mazda mengelak, kereta kedua iaitu Kia yang berada di belakang Mazda cuba mengelaknya dengan berhenti mengejut di bahu kanan jalan.

"Tindakan itu menyebabkan sebuah motosikal yang bergerak lurus tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang Kia tadi.



"Kemudian disusuli pelanggaran empat motosikal sesama sendiri yang juga datang dari arah belakang.

"Kemalangan menyebabkan dua mangsa parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di sini.

"Manakala empat penunggang motosikal yang lain mengalami cedera ringan. Kedua-dua pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes di siasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu tular kejadian berlaku kemalangan membabitkan sekumpulan penunggang motosikal di jalan raya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1060231/elak-motosikal-terbabas-7-kenderaan-terbabit-kemalangan

keranda.terbang Publish time 29-3-2024 02:26 PM

semoga dipermudahkan urusan
Pages: [1]
View full version: Elak motosikal terbabas, 7 kenderaan terbabit kemalangan


ADVERTISEMENT