mattzzx Publish time 13-2-2024 11:42 AM

Lantang, Kangana Ranaut sebenarnya penakut

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/KANGANA-POLITIK-2048x1152.jpeg
KANGANA RANAUT

TERKENAL sebagai artis yang lantang mengupas pelbagai isu, aktres Kangana Ranaut mengakui pernah ditawarkan masuk ke arena politik.

Namun, bintang filem Emergency itu takut untuk terjun ke bidang tersebut kerana tidak sanggup berdepan dengan risiko lebih parah yang bakal dihadapi.

Biarpun pernah mengumumkan mahu bertanding dalam pilihan raya, pelakon berusia 34 tahun itu akhirnya membatalkan niat tersebut.

Baginya, politik bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui individu sepertinya. Tegasnya, cukuplah dengan berlakon kerana menerusi filem dia berpeluang mencuba bermacam-macam karakter.

Dalam filem berjudul Emergency yang juga naskhah arahannya, dia membawakan watak bekas Perdana Menteri India, Indira Ghandi.

Katanya, karya yang menonjolkan kehidupan tokoh negara itu memberikan pengalaman istimewa dalam kerjaya seninya.

https://www.kosmo.com.my/2024/02/13/lantang-kangana-ranaut-sebenarnya-penakut/
Pages: [1]
View full version: Lantang, Kangana Ranaut sebenarnya penakut


ADVERTISEMENT