stingerkaypoh Publish time 13-2-2024 10:23 AM

Pelancong Malaysia menyumbang kira-kira RM267 juta kepada ekonomi Thailand kerana ramai melancong ke Hat Yai

Edited by stingerkaypoh at 13-2-2024 10:28 AM

Pada penghujung tahun lepas, pelancong Malaysia menyumbang kira-kira 2 bilion baht (RM267 juta) kepada ekonomi Thailand kerana ramai melancong ke Hat Yai.
Sempadan menjadi sesak dan orang ramai berpusu-pusu ke bandar terbesar di selatan negara gajah putih itu sempena cuti krismas dan cuti sekolah hujung tahun.
Rata-rata memberi alasan belanja yang lebih murah. Persoalannya, adakah perkara ini benar?
Menurut penggemar barangan terpakai atau bundle, Muhammad Zakir Rosli, 28, harga yang ditawarkan di sana amat berpatutan.
“Barangan terpakai (bundle) di sana murah dan berbaloi.
“Sepasang kasut berjenama boleh didapati lebih kurang 100 baht (RM13) sahaja bergantung ke atas keadaan kasut tersebut,” katanya yang berkhidmat sebagai penolong pengurus di sebuah sebuah pasar raya.
Hotel 2 bintang macam 5 bintangKatanya, harga sepasang kasut berjenama yang terpakai di Malaysia dalam lingkungan RM40 ke atas.
Selain itu, menurut Zakir, hotel di sana juga murah serta lokasinya juga strategik.
“Hotel dia murah, selesa dan tak berbau. Hotel dua bintang kelihatan seperti lima bintang. Turun hotel terus nampak makanan.
“Hotel di sana juga boleh mendaftar masuk bilik lebih awal dalam pukul 11 pagi, bergantung kepada kekosongan,” katanya kepada Malaysiakini.
Perkara sama dikatakan oleh seorang lagi pelancong, Nurul Shafinah Ain Uttohjama, 24, yang melancong ke Hat Yai pada Ogos lalu.
“Turun sahaja hotel dapat membeli makanan yang murah jika hendak dibandingkan dengan harga-harga makanan di berhampiran hotel-hotel di Malaysia,” kata pelajar asal Sabah itu.
Dia menginap di sebuah hotel di Jalan Ratyindi, yang berdekatan kawasan pelancongan yang terdapat banyak makanan ringan seperti dim sum dan ayam goreng.
Bertiga naik motor Sementara itu, seorang pelajar universiti yang berasal dari Johor, Azad Mohd Razin, 23, berkata dia dan tiga orang rakannya melancong ke Hat Yai kerana lebih ‘mesra bajet’.
“Kami ke Thailand kerana senang nak pergi. Kami pergi ke Hat Yai hanya menaiki motosikal dari Kedah.
“Jika ingin melancong ke Indonesia, harga tiket penerbangan mahal, jika ingin ke Singapura pula mata wangnya lebih tinggi,” katanya.
Katanya, kos mereka selama dua hari satu malam di bantar itu hanya lebih kurang RM110 (830 baht) seorang.
Azad berkata dia membayar insurans Thailandsebanyak RM35 (264 baht) dan kad sim telefon bimbit berharga RM20 (151 baht).
“Kami pergi empat orang. Bilik hotel dalam RM50 (378 baht) bahagi empat orang kira-kira 189 baht (RM25).
“Nasi berlauk dan air seorang kira-kira 80 hingga 100 baht lah (RM10.50 ke RM13),” sambungnya.
Azad berkata mereka melancong ke Hat Yai untuk merasai makanan jalanan.
“Kami akan berkongsi duit di semua tempat yang kami beli makanan, jadi semua orang dapat merasainya,” katanya.
Purata harga makanan jalanan yang dibeli adalah RM4 (30 baht) dan ke atas.
Bagaimanapun Azad berkata hanya perkara itulah yang menarik perhatian mereka.
“Perkara lain (di Hat Yai) lebih kurang sama sahaja seperti di Malaysia,” katanya.
https://www.malaysiakini.com/news/693020

jejaka_hensem Publish time 13-2-2024 10:35 AM

Ada sapa2 pernah alami sakit perut,cirit birit tak lepas makan makanan jalanan dorang?
Thailand,indonesia,india antara yg akan elak makan makanan jalanan dorang sbb nampak tak bersih:sweat3:

airfilterkotor Publish time 13-2-2024 11:02 AM

Dan pada hujung tahun tu juga Thai setuju kerjasama dua hala bagi pembuatan misil Spike Rafael Advance Defence Systems milikan Israel.
Orang kata misil yg sama diguna pakai IDF kat Gaza.

Ujung cerita, McD KFC gak yg kena boikot dengan ummah isele malaya.
Entahlah. :$

ChildrenOfBodom Publish time 13-2-2024 11:21 AM

Bagaimanapun Azad berkata hanya perkara itulah yang menarik perhatian mereka.

alaa nk cover takmau habaq part ladyboy, massage, thai gurl show, ganja, ketum :lol::lol: ...

B40tastePosh Publish time 13-2-2024 11:29 AM

ChildrenOfBodom replied at 13-2-2024 11:21 AM
alaa nk cover takmau habaq part ladyboy, massage, thai gurl show, ganja, ketum...

Tu dulu...sekarang Janda, ke anak dara ke , mak orang pun pergi Thai Massage dan shopping kat sana.

Aku haritu tengah Que nak dapatkan Thai Massage, kat Bunga Spa tiba tiba kena serbu dengan satu keluarga dari Kedah, dari Atok Nenek, Mak Orang, Ayah Orang, Anak Cucu diorang pergi masuk kedai massage tu.

Terus keluar kitorg dari situ.:lol:

zarul427 Publish time 13-2-2024 11:30 AM


mmg best
murah
meriah
muntahhhhhhhhhhhhh

B40tastePosh Publish time 13-2-2024 11:38 AM

Edited by B40tastePosh at 13-2-2024 11:43 AM

jejaka_hensem replied at 13-2-2024 10:35 AM
Ada sapa2 pernah alami sakit perut,cirit birit tak lepas makan makanan jalanan dorang?
Thailand,indo ...

Tak pernah pun...kitorang makan kat kedai terletak herlok...kedai dimsum Chabura...lorong Chabura Dimsum tu banyak Street Food.

Tuk tuk berlambak-lambak kat situ sangat feasible, accessible and reachable berbanding kawasan² di Malaysia.

B40tastePosh Publish time 13-2-2024 11:45 AM

jejaka_hensem replied at 13-2-2024 10:35 AM
Ada sapa2 pernah alami sakit perut,cirit birit tak lepas makan makanan jalanan dorang?
Thailand,indo ...

Kalau ko sakit perut lagi elok ko makan Tom Yam, Tom Yam tu tonik terbaik untuk sakit perut...sangat Authentic sebab masih gunakan Lengkuas dlm Tom Yum

ChildrenOfBodom Publish time 13-2-2024 12:10 PM

B40tastePosh replied at 13-2-2024 11:29 AM
Tu dulu...sekarang Janda, ke anak dara ke , mak orang pun pergi Thai Massage dan shopping kat sana ...

orang kedah yg dok area kubang pasu ni cemuih dah setakat nk p siam makan2..lintaih masuk border p makan2 and then masuk BKH tu pakai border pass jaaa....lokasi aku ngn danok pon 15 minit away saja.. nak balik rumah makan nasik lagi jauh drp nk masuk siam

https://i.ibb.co/0y46FFT/Whats-App-Image-2024-02-13-at-12-00-10-faf0589a.jpg


miss_white Publish time 13-2-2024 12:22 PM

Boikot thailand

SedihPedih Publish time 13-2-2024 12:31 PM

hah..bulan feb ni staff i bergilir2 ke hat yai..Mujur diorang tak boleh cuti serentak, kalau tak mesti rombongan satu dept.

airfilterkotor Publish time 13-2-2024 12:52 PM

miss_white replied at 13-2-2024 12:22 PM
Boikot thailand

BDS Malaysia yg kena saman dengan McD Mesia tuari, taknak masukkan Thailand dalam senarai dorang kaa?
#tanyejerr

B40tastePosh Publish time 13-2-2024 12:55 PM

ChildrenOfBodom replied at 13-2-2024 12:10 PM
orang kedah yg dok area kubang pasu ni cemuih dah setakat nk p siam makan2..lintaih masuk border ...

Orang bukan sembang pasal Danok....orang sembang pasal Hatyai.

Hang ada genetik India Utara ke?

B40tastePosh Publish time 13-2-2024 12:58 PM

Yang aku perasan Selatan Thailand ni takda banyak air terjun...maybe sebab tu diorg buat Hutan Amazon kat Café Amazon.

Tu je lah kot kurang nye....kalau kelemahan ni diorg boleh cover dgn buat taman tema air.

manop Publish time 13-2-2024 01:16 PM

mamak kotor ramai je melantak......tak pulak muntah sakit perot bagai ........

ChildrenOfBodom Publish time 13-2-2024 01:21 PM

B40tastePosh replied at 13-2-2024 12:55 PM
Orang bukan sembang pasal Danok....orang sembang pasal Hatyai.

Hang ada genetik India Utara ke?

hatyai bukan jauh mana pon dari danok 60km ja pon.. kalau dari tmpt aku lg dekat nk p sana daripada nak pi sungai petani atau penang

B40tastePosh Publish time 13-2-2024 01:25 PM

ChildrenOfBodom replied at 13-2-2024 01:21 PM
hatyai bukan jauh mana pon dari danok 60km ja pon.. kalau dari tmpt aku lg dekat nk p sana daripad ...

Dah tu kenapa ko tak tahu orang Kedah satu keluarga pergi masuk Rumah Urut kat Hatyai?

Mesti ko jenis Introvert kannn.{:mlshy:}

alesandra Publish time 13-2-2024 01:26 PM

B40tastePosh replied at 13-2-2024 12:58 PM
Yang aku perasan Selatan Thailand ni takda banyak air terjun...maybe sebab tu diorg buat Hutan Amazo ...

decoration hutan amazon tu di ilhamkan jenama cafe amazon rainforest yg terletak di brazil antara negara pengeluar kopi terbesar di dunia?bukan disbbkan selatan thai lack of air terjun?

B40tastePosh Publish time 13-2-2024 01:37 PM

Edited by B40tastePosh at 13-2-2024 01:42 PM

alesandra replied at 13-2-2024 01:26 PM
decoration hutan amazon tu di ilhamkan jenama cafe amazon rainforest yg terletak di brazil antara ...

Yeke...nampak sangat Rainforest Malaysia tak Influential kannn...negara jiran lebih Appreciate, Hutan Brazil.

Padahal Hutan Malaysia ada je Kopi Hutan Liar.

Yaya04 Publish time 13-2-2024 01:41 PM

jejaka_hensem replied at 13-2-2024 10:35 AM
Ada sapa2 pernah alami sakit perut,cirit birit tak lepas makan makanan jalanan dorang?
Thailand,indo ...

Tekak i olls tak lalu nak makan makanan yg dkat festival2 makanan thailand dok ade kat KL ni. Semacam kembang tekak nengoknya, memamg tak lalu ler nak makan
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Pelancong Malaysia menyumbang kira-kira RM267 juta kepada ekonomi Thailand kerana ramai melancong ke Hat Yai


ADVERTISEMENT