sfhzuraz Publish time 12-2-2024 09:50 PM

Mr ARM bantu promosi Lipis Geopark

Mr ARM bantu promosi Lipis Geopark

OlehROSILAWATI ROSEDI
12 Februari 2024 04:35pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/12/2534906.jpg
Abdul Rahman (depan, dua dari kanan) mengetuai konvoi sejauh 80 kilometer dari bandar Kuala Lipis ke Kem Sungai Relau. Foto FB Abdul Rahman



LIPIS - Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang juga Ahli Parlimen Lipis tampil bersama 150 penunggang motosikal menerusi konvoi sejauh 80 kilometer dari bandar Kuala Lipis ke Kem Sungai Relau di sini pada Ahad.
Konvoi tersebut bagi mempromosikan lokasi menarik di Lipis Geopark Kebangsaan di Merapoh di sini.


Ia juga program serampang dua mata sempena pelancaran penubuhan Kelab Mr Angkatan Ronda Millennium (Mr ARM) iaitu sebuah kelab motosikal baharu daerah Lipis yang dianggotai oleh anak muda dan peminat motosikal.
Menurut Abdul Rahman, peserta konvoi terdiri daripada ahli Mr ARM yang juga membantu kerajaan untuk mempromosikan lokasi terbabit kepada pengunjung luar mengenai aktiviti pelancongan berasaskan sejarah, budaya, kesenian dan geologi di Lipis.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/12/2534908.jpg
Ahli Mr ARM bergambar kenangan bersama Abdul Rahman di Sungai Relau. Foto FB Abdul Rahman


"Sejak dilancarkan pada 18 Januari lalu, ramai pengunjung luar datang ke daerah ini untuk melihat artifak sejarah British abad ke-19 di bandar Kuala Lipis, kompleks gua batu kapur di Merapoh dan beberapa tempat lain sekali gus merancakkan pembangunan pelancongan di sini.
"Aktiviti ini juga dapat memberikan pengetahuan aspek sejarah dan nilai geologis termasuk alam sekitar di Lipis kepada anak muda supaya mereka menghargai serta terus memberikan sumbangan.

"Mereka boleh terlibat sebagai penggiat atau ejen pelancongan di sini dalam apa juga bidang pekerjaan seperti pengusaha, pemandu pelancong, penggerak aktiviti ekstrem seperti pendaki, eksplorasi gua, kebudayaan dan kesenian termasuk penulis konten laman sosial dalam usaha mempromosi Lipis Geopark Kebangsaan," katanya.

Turut terlibat dalam konvoi tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long.
Konvoi tersebut turut meluangkan masa berziarah di dua buah rumah warga emas untuk menyampaikan sumbangan barang keperluan dapur sambil menyantuni keluarga terlibat.
Dalam pada itu, Abdul Rahman turut menghargai penglibatan ahli jawatan kuasa UMNO Bahagian Lipis yang menyelenggarakan program terbabit.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/12/2534907.jpg
Konvoi bermula dari bandar Kuala Lipis ke Kem Sungai Relau. Foto FB Abdul Rahman




"Terima kasih kepada mereka dan penghargaan juga kepada Ibu Pejabat Daerah Lipis dan Balai Balai Polis Merapoh dalam membantu kelancaran laluan konvoi serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang mengatur aktiviti rekreasi di Kem Sungai Relau Merapoh," ujarnya lagi.
Lipis Geopark diisytihar bermula 9 November lalu berkeluasan 5,198 kilometer persegi meliputi keseluruhan daerah Lipis dengan 28 tapak warisan geologi, 18 tapak warisan budaya dan enam tapak warisan biologi.
Mr ARM bantu promosi Lipis Geopark - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Mr ARM bantu promosi Lipis Geopark


ADVERTISEMENT