mattzzx Publish time 12-2-2024 04:11 PM

MPV terbakar, wanita melecur di kaki

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bantuan23_1707724753.jpg
Anggota bomba memberi bantuan kepada mangsa yang melecur di kaki kiri. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Wanita melecur manakala dua lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbakar di Jalan Bakau Chondong berhampiran Masjid Jamek Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11.15 pagi, mangsa berusia 35 tahun melecur di kaki kiri dan diberi rawatan oleh anggota penyelamat di lokasi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram Nur Eddy Paiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.31 pagi.

Katanya, seramai 14 anggota bergegas ke lokasi dan mendapati MPV Hyundai Matrix sedang terbakar.



"Ketika kejadian, terdapat tiga mangsa termasuk kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, namun kesemua mereka sempat keluar menyelamatkan diri.

"Dalam kejadian itu, seorang mangsa melecur di kaki dan menerima rawatan daripada Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, kenderaan terbabit terbakar hampir keseluruhan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1060082/mpv-terbakar-wanita-melecur-di-kaki
Pages: [1]
View full version: MPV terbakar, wanita melecur di kaki


ADVERTISEMENT