mattzzx Publish time 12-2-2024 01:10 PM

Wanita melecur selepas dapur disambar api

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm282lecur_1707714020.jpg
KEADAAN sebuah dapur yang terbakar di Pangapuri Midland Court yang menyebabkan seorang wanita warga emas dikejarkan ke hospital akibat melecur. FOTO ihsan JBPM

Georgetown: Wanita warga emas dikejarkan ke hospital selepas lengan kanannya melecur dalam kebakaran di Pangsapuri Midland Court, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, mangsa berusia 79 tahun yang tinggal bersendirian dikatakan sedang membakar roti di dapur.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal Mohd Hairi Fazzil berkata, sepasukan anggota bomba dihantar ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.40 pagi.

"Ketika tiba, kebakaran itu didapati berlaku di ruang dapur rumah dengan anggaran kebakaran 10 peratus.



"Terdapat seorang mangsa wanita mengalami kecederaan di lengan kanan dan mangsa dikatakan sedang membakar roti menggunakan alat pembakar roti," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1059996/wanita-melecur-selepas-dapur-disambar-api
Pages: [1]
View full version: Wanita melecur selepas dapur disambar api


ADVERTISEMENT