mattzzx Publish time 12-2-2024 01:03 PM

Johor arah batal, senarai hitam lesen disewakan kepada warga asing

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm282sumbang_1707710757.jpg
JAFNI (kiri) menerima sumbangan daripada Mohd Norlisam (kanan) pada Majlis sumbangan SWM Environment kepada Kerajaan Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Iskandar Puteri: Kerajaan Johor mengarahkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini membatalkan serta menyenarai hitam lesen perniagaan yang disewakan kepada warga asing.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada semua PBT untuk bertindak termasuk mewujudkan Jawatankuasa Khas bagi menangani isu berkenaan.

Katanya, kesemua 16 PBT di negeri ini perlu mengambil tindakan turun ke lapangan untuk menyemak lesen-lesen perniagaan yang sudah dikeluarkan.

"Saya sudah keluarkan arahan awal tahun ini kepada 16 PBT Johor untuk mula ambil tindakan dan tubuhkan Jawatankuasa Khas serta turun ke lapangan untuk semak lesen perniagaan terutama yang dikendalikan warga asing.



"Jika (lesen perniagaan) disewakan pemilik kepada warga asing atau Ali baba, maka kita boleh batalkan lesen dan senarai hitam terus, jangan ingat kebal. Kerajaan Johor tidak pernah keluarkan lesen perniagaan termasuk penjaja kecil kepada warga asing. Mereka diharamkan berniaga.

"PBT di Johor sudah mula menyita dan merampas perniagaan terutama gerai penjaja yang dikendalikan warga asing malah gerai dimiliki PBT juga sedang menjalani proses pemutihan supaya tiada warga asing yang menyalahgunakan lesen perniagaan dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media menerima sumbangan SWM Environment Sdn Bhd kepada Kerajaan Johor yang bernilai RM122,500 untuk disalurkan kepada golongan B40, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin.

Dalam pada itu, Mohd Jafni berkata, kerajaan Johor sudah membangkitkan isu perniagaan dikendalikan warga asing menggunakan nama orang tempatan yang dibuat menerusi perkahwinan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, baru-baru ini.

Katanya, isu itu dibangkitkan supaya ada prosedur dan kawalan tertentu dirangka kementerian supaya lesen perniagaan tidak disalahgunakan warga asing untuk berniaga di negara ini.

"Kita juga sudah minta supaya semua PBT meningkatkan operasi berkala bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen (JIM) bagi membanteras peniaga warga asing termasuk di pasar kerana mereka 'membunuh' peniaga tempatan.

"Peniaga warga asing ini terutama di pasar bila jual ikan kembung contohnya RM10, sedangkan peniaga tempatan jual RM15 kerana kos lebih tinggi sedangkan warga asing tak ada kos serta berniaga secara haram.

"Jangan buat operasi bila isu sedang panas sahaja tetapi kena buat selalu, sebulan sekali supaya tidak ada lesen berniaga yang disalahgunakan warga asing," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1059976/johor-arah-batal-senarai-hitam-lesen-disewakan-kepada-warga-asing
Pages: [1]
View full version: Johor arah batal, senarai hitam lesen disewakan kepada warga asing


ADVERTISEMENT