mattzzx Publish time 12-2-2024 01:01 PM

'Tempah baju, terima selipar jepun'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm282selipar_1707703468.jpg
P Shures menunjukkan selipar jepun yang diterima bagi tempahan baju tradisional.

Johor Bahru: Penyelaras logistik mendakwa isterinya nyaris tertipu dengan helah penjual baju di sebuah platform e-dagang yang mengirimkan 'selipar Jepun' bagi tempahan baju yang dilakukan secara dalam talian.

P Shures, 43, berkata, isterinya menerima bungkusan kotak daripada penghantar barang dan memeriksa kandungannya terlebih dahulu.

Menurutnya, dia mendapati bungkusan berkenaan tidak mengandungi baju tradisional yang ditempah, sebaliknya hanya terdapat 'selipar Jepun'.

Katanya, isterinya kemudian memulangkan barangan itu kepada penghantar barang kerana ia bukan barangan yang ditempah.



"Apa yang saya pelik, penjual itu menawarkan semua pakaian dengan harga RM30 termasuk baju tradisional India, Melayu, Cina serta kanak-kanak.

"Malah, tiada pengulasan daripada pelanggan dipaparkan walaupun tercatat bilangan baju yang terjual," katanya ketika ditemui di Taman Johor Jaya di sini hari ini.

Shures berkata, isterinya yang menggemari baju tradisional masyarakat India membuat tempahan pada 7 Februari lalu dengan cara pembayaran semasa penghantaran kerana was-was dengan penjual berkenaan.

Menurutnya, pihaknya menerima kiriman daripada penjual itu, kelmarin.

"Selalunya penjual baju menggunakan bungkusan plastik, namun pada kali ini kami menerima bungkusan kotak. Mungkin ia menjadi taktik penjual berkenaan yang dipercayai scammer .

"Kami terkejut di dalam bungkusan itu hanya terdapat 'selipar jepun' yang dipercayai berharga kira-kira RM2 dan saya yakin ramai lagi yang terpedaya," katanya.

Shures berkata, pihaknya mengadu perkara itu kepada pengurusan platform berkenaan dan berharap perkara itu diambil tindakan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1059946/tempah-baju-terima-selipar-jepun

keranda.terbang Publish time 29-3-2024 02:27 PM

kesian ek aduhh
Pages: [1]
View full version: 'Tempah baju, terima selipar jepun'


ADVERTISEMENT