mattzzx Publish time 11-2-2024 05:14 PM

Kucing milik Taylor Swift bernilai RM457 juta, lebih berharga berbanding Travis Kelce

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F02%2F10%2F2538276.jpg
Kucing milik Taylor bernilai RM457 juta.

HAIWAN peliharaan penyanyi Tailor Swift iaitu kucing yang diberi nama Olivia Benson dilaporkan bernilai sekitar AS$97 juta atau RM457 juta.

Menurut laporan BBC, nilai bersih kucing milik penyanyi itu dianggarkan jauh lebih tinggi berbanding kekasihnya Travis Kelce yang merupakan seorang atlet sukan.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/02/10/2538277.jpg

Taylor memiliki kucing yang bernilai jutaan ringgit.

Menerusi laman web cats.com, Olivia yang diberi nama sempena watak Marishka Hargitay dalam siri Law and Order: SVU bernilai AS$97 juta, sementara Travis dianggarkan hanya bernilai AS$40 juta (RM190 juta).

Difahamkan Olivia juga pernah membuat beberapa kemunculan istimewa termasuk muncul dalam iklan televisyen, video muzik Taylor Blank Space dan Me!.

Biarpun bernilai jutaan ringgit, BBC mendakwa bahawa kucing milik Taylor itu bukanlah yang paling kaya kerana berada di belakang kedudukan German Sherperd yang bernilai AS$500 juta (RM2 bilion) dan Nala Cat yang mempunyai 4.5 juta pengikut di Instagram.

Pun begitu, BBC turut mempersoalkan laman web cats.com kerana hanya mengumpul data menerusi akan Instagram untuk menentukan nilai harga haiwan-haiwan peliharaan tersebut.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/02/11/kucing-milik-taylor-swift-bernilai-rm457-juta-lebih-berharga-berbanding-travis-kelce

borrow Publish time 13-2-2024 03:12 PM

ah lama dulu pnh bukak benang psl celeb pets. Letak sheols skali. Gugel td , dh 10 thn umur sheols. Klo umur manusia = 56 thn. Tua dh cik piah:lol:








Yoonggi Publish time 16-2-2024 10:56 AM

mahalnya kucing dia tp comey tul {:mllove:}

mzzenma Publish time 16-2-2024 03:25 PM

agak2 dah kaya ni sheolls berlagak tak dengan meredith grey & benjamin button?

mcm hello tak boleh lepak sekali bcoz iollss is kaya meowwwww mcm tu

Pages: [1]
View full version: Kucing milik Taylor Swift bernilai RM457 juta, lebih berharga berbanding Travis Kelce


ADVERTISEMENT