mattzzx Publish time 11-2-2024 04:43 PM

KPDN Kelantan serbu stesen minyak subahat dengan sindiket seleweng diesel bersubsidi

https://assets.bharian.com.my/images/articles/sindiket_1707636236.jpg
Kereta jenis Proton Iswara yang digunakan dalam kegiatan menyeleweng barang kawalan dan berjaya dirampas dalam serbuan di stesen minyak Wakaf Bharu dan Chabang Empat. - Foto NSTP/Ihsan KPDN

TUMPAT: Dua pemilik stesen minyak di sini berdepan tindakan mahkamah kerana dipercayai bersubahat dalam kegiatan penyelewengan petrol.

Kejadian berlaku pada pagi semalam apabila pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan membuat serbuan pertama di sebuah stesen minyak di Wakaf Bharu, di sini, jam 8 pagi.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pasukannya mengesan sebuah kereta jenis Proton Iswara berpendaftaran tempatan sedang membuat pengisian di premis terbabit.




https://assets.bharian.com.my/images/articles/minyakbh11_1707636238.jpg
Kereta jenis Proton Iswara yang digunakan dalam kegiatan menyeleweng barang kawalan dan berjaya dirampas dalam serbuan di stesen minyak Wakaf Bharu dan Chabang Empat. - Foto NSTP/Ihsan KPDN

"Pasukan mengesan pergerakan suspek yang membuat pengisian berulang namun sebaik dihampiri, suspek melarikan diri ke dalam semak berhampiran sekali gus gagal dikesan.

"Sebanyak 150 liter petrol ditemukan dalam tangki yang diubahsuai pada kenderaan terbabit yang dipercayai akan diseludup ke Thailand," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Serbuan kedua dibuat di sebuah stesen minyak di Chabang Empat, di sini, jam 10.30 pagi semalam dan merampas sebuah kereta jenis Proton Iswara bersama 100 liter petrol dalam tangki ubahsuai.

Azman berkata, seorang lelaki berusia 50-an yang juga pemandu kereta berjaya ditahan kerana melakukan pembelian petrol dalam kuantiti yang tidak munasabah.

"Selain suspek, dua pemilik stesen minyak terbabit juga diambil tindakan dan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk mengetahui sama ada bersubahat atau sebaliknya," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/02/1211295/kpdn-kelantan-serbu-stesen-minyak-subahat-dengan-sindiket-seleweng-diesel
Pages: [1]
View full version: KPDN Kelantan serbu stesen minyak subahat dengan sindiket seleweng diesel bersubsidi


ADVERTISEMENT