mattzzx Publish time 11-2-2024 04:42 PM

Penternak harap harimau kumbang segera ditangkap

https://assets.bharian.com.my/images/articles/perangkap_1707638588.jpg
Mat Yazid (kanan) menunjukkan perangkap yang dipasang PERHILITAN. - Foto NSTP/ Rosli Ilham

DUNGUN: "Setakat ini sudah 27 lembu saya menjadi korban" kata seorang penternak, Mat Yazid Mat Husin selepas lembu peliharaannya di Kampung Jongok Batu, dekat sini, dibaham harimau.

Mat Yazid, 62, berkata dia percaya lembu ternakannya itu dibaham harimau kumbang berdasarkan kepada kesan tapak kaki yang ditemuinya di sekitar kandang lembu ternakannya.

"Setiap tahun memang ada saja lembu saya menjadi korban. Sepanjang tiga tahun ini, sebanyak 27 ekor telah dibaham harimau.

"Kejadian terbaru ialah pada Selasa lalu di mana seekor lembu dewasa telah menjadi mangsa manakala seekor anak lembu nyaris menjadi mangsa," katanya.



Katanya, dia sangat sedih kesan daripada serangan harimau itu menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM90,000.

"Ada beberapa lagi penternak lain turut menghadapi perkara sama seperti saya. Namun apa boleh buat hanya perlu reda dan berserah.

"Bagi memastikan perkara itu tidak berulang, saya dan rakan penternak lain perlu kerap mengadakan kawalan pada waktu malam. Selagi tak ditangkap selagi itu hati saya tak tenang," katanya.

Mat Yazid berkata, dia dan rakan penternak yang lain berharap supaya pihak yang berkaitan dapat menyelesaikan segera masalah itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITIAN), Loo Kean Seong ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah memasang perangkap di situ sejak dua minggu lalu.

Beliau berkata, pihaknya berharap harimau itu segera ditangkap sambil menasihati penternak mengurung ternakan mereka dan segera berhubung dengan PERHILITAN daerah untuk memudahkan operasi pemantauan dilakukan.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/02/1211318/penternak-harap-harimau-kumbang-segera-ditangkap
Pages: [1]
View full version: Penternak harap harimau kumbang segera ditangkap


ADVERTISEMENT