sfhzuraz Publish time 11-2-2024 02:26 PM

Kamera Intip Inap Desa: Polis cari pemilik telefon bimbit dihubung dengan kamera tersembunyi

Kamera Intip Inap Desa: Polis cari pemilik telefon bimbit dihubung dengan kamera tersembunyi


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm282camera_1707631283.jpg
POLIS mengesahkan menerima laporan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa intip menggunakan kamera tersembunyi dalam bilik air. FOTO ihsan pembaca



Georgetown: Lelaki dicari polis selepas dikesan bahawa telefon bimbit miliknya dihubungkan dengan kamera tersembunyi yang dipasang dalam bekas pewangi tandas di bilik air sebuah inap desa di Jelutong, di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, siasatan awal mendapati telefon bimbit milik lelaki terbabit dihubungkan dengan kamera tersembunyi itu.
Menurutnya, setakat ini polis sudah merakam keterangan empat individu termasuk pengadu berusia 24 tahun yang juga merupakan seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan pengurus inap desa berkenaan.
"Berdasarkan siasatan dan keterangan yang direkod setakat ini, polis sedang mengesan seorang lelaki dan dia dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian kamera tersembunyi dalam bilik air inap desa terbabit.
"Lelaki itu dikesan kerana kamera berkenaan dihubungkan dengan telefon bimbitnya dan polis akan terus menyiasat kes berkenaan daripada pelbagai sudut," katanya ketika dihubungi sini, hari ini.
Razlam berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Sebelum ini, tular di media sosial seorang wanita menerusi hantaran di aplikasi X menyifatkan percutiannya tidak ubah seperti mimpi ngeri apabila menemukan sebuah kamera intip disembunyikan dalam bekas pewangi ketika sedang mandi di sebuah inap desa di Pulau Pinang.
Semalam, media melaporkan polis mengesahkan menerima laporan wanita berkenaan namun hasil pemeriksaan awal mendapati tiada imej atau video terkandung dalam storan kamera terbabit.
Wanita itu dilaporkan mendaftar masuk ke inap desa terbabit bersama tiga rakannya pada 5 Februari lalu untuk bercuti dan menjumpai kamera berkenaan pada 8 malam ketika menggunakan bilik air inap desa berkenaan pada keesokan harinya.


Disiarkan pada: Februari 11, 2024 @ 2:01pm


Kamera Intip Inap Desa: Polis cari pemilik telefon bimbit dihubung dengan kamera tersembunyi (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Kamera Intip Inap Desa: Polis cari pemilik telefon bimbit dihubung dengan kamera tersembunyi


ADVERTISEMENT